Ramai diantara cikpuan yang sebelum ini pernah membaca tip tentang penjagaan kulit dan wajah Puan Mary Tomato, dimana Puan Mary berbagi cara menjaga kulit dan wajah dengan mudah, hanya menggunakan Tomato sahaja. Buah tomato ini memang mampu menjaga kulit dan berguna sebagai anti-aging/anti penuaan.

Saya pernah kongsikan berkenaan amalan penjagaan kulit harian saya menggunakan ais kiub tomato.

Untuk memudahkan pembaca, saya sediakan video ini untuk cikpuan semua amalkan. Selain daripada Misi Kulit Korea saya juga mengamalkan skin icing ini sekali sehari setelah balik kerja.

Sungguh banyak kebaikan skin icing dengan ais kiub tomato ini.

Antaranya:
+ menyegarkan kulit (kulit glowing!)
+ mencegah kedutan
+ mengetatkan kulit
+ mengecilkan saiz pori-pori
+ menjadikan kulit lebih licin
+ mengurangkan parut dan cela pada kulit
+ merawat dan mencegah jerawat

Selamat mencuba! Dan rajin-rajin amalkan ya!