Profail Puan Mary

Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi, beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 60,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain.

Puan Mary menerima pentauliahan dan latihan intensif sebagai:

Perunding Imej Internasional (diiktiraf oleh Poise Image International, Singapore)
Perunding Gaya dan Warna – Master Level (diiktiraf Body Beautiful Institute, USA)
Perunding Gaya, Fesyen dan Warna bertauliah (diiktiraf ByFerial Training & Image Consulting, USA/Australia)
Konsultan Kerjaya bertauliah (Certified Career Coach, CCC, diiktiraf Expert Rating, U.S.A)
Trainer Bertauliah (Certified PSMB Trainer) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Kementerian Sumber Manusia

Pernah berkhidmat dalam bidang insurans dan perbankan, beliau pernah diberikan tanggungjawab mengurus dan melatih para kakitangan, barisan pegawai khidmat pelanggan dan para pegawai insurans seluruh Malaysia yang berjumlah hampir 17,000 orang. Beliau juga pernah terlibat dalam proses pemilihan, pengambilan dan pengurusan staf serta pemegang biasiswa sepanjang karier beliau dalam pembangunan sumber manusia.

Beliau kemudiannya bergerak lebih jauh dengan menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang penyediaan modul, penganjuran kursus dan latihan berkaitan imej dan kerjaya melalui syarikat Training Cube International Sdn. Bhd. (TCISB). Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat serta swasta, rangkaian hotel, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, di dalam dan di luar negara.

Beliau kini juga merupakan master trainer Akademi Perunding Imej Profesional – sebuah akademi yang memberi tumpuan untuk memberi latihan intensif kepada individu yang berminat untuk menjadi perunding imej profesional. Akademi ini turut mempunyai program umum yang menekankan aspek pembangunan penampilan, etiket dan komunikasi. Sehingga kini, melalui kursus popular anjuran akademi beliau iaitu Train-The-Trainer: Certified Professional Image Consultant (TTT: CPIC) dan Certification Course: Certified Men’s Image Consultant (CC: CMIC), beliau telah melatih seramai 118 orang CPIC dan 8 orang CMIC.

Selain komited dengan kerjaya, Puan Maryanni turut aktif dalam persatuan profesional. Bagi penggal 2013-2015, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden Komunikasi kepada Association of Image Consultants International (AICI) – sebuah pertubuhan perunding imej antarabangsa yang berkaliber dan dianggotai oleh perunding imej profesional seluruh dunia.

Beliau juga merupakan ahli profesional kepada Profesional Association of Resume Writers dan Career Coaches (PARWCC) – sebuah badan antarabangsa yang berprestij dalam bidang konsultansi kerjaya. Beliau kini turut memegang jawatan sebagai Exco Korporat kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau dikenali dengan pendekatan yang praktikal dan bertenaga dalam penyampaiannya. Beliau menitikberatkan interaksi bersama peserta dan memiliki karakter yang amat menyenangkan. Kualiti dan keunikan program yang dikendalikan oleh beliau dibuktikan melalui testimoni positif yang sentiasa beliau terima daripada peserta-peserta program kendalian beliau.