Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi untuk menutup rambut dan membuatkan tudung yang dipakai kelihatan lebih terletak dan tidak mudah bergerak. Pemilihan anak tudung yang sesuai boleh membuat anda selesa, terutamanya apabila berada di luar rumah sepanjang hari. Berikut kami kongsikan tip memilih anak tudung yang boleh dilakukan.

  • Pilih Warna Yang Sesuai

Pemilihan warna sangat penting. Warna-warna neutral seperti hitam, biru gelap, kelabu, dan coklat sangat digalakkan kerana mudah dipadankan dengan banyak jenis tudung. Ia juga tidak menonjol di sebalik fabrik tudung yang nipis. Warna ini akan memberi kesan visual yang seimbang pada wajah dan keseluruhan penampilan.

 

  • Material

Inner tudung yang diperbuat daripada kain cotton sangat disarankan untuk dipakai kerana ia menyerap peluh, lembut pada kulit, dan tidak panas. Ini penting untuk wanita yang memakai tudung dalam masa yang lama. Elakkan inner tudung yang bermaterial lycra atau kain licin kerana ia menyebabkan tudung mudah tergelincir dan tidak kekal kemas.

 

  • Bentuk Wajah

Elakkan memakai inner yang berwarna terlalu cerah sekiranya anda berwajah bulat atau lebar. Ini kerana ia boleh menambah ilusi menyebabkan wajah anda kelihatan lebih besar. Warna yang lebih gelap atau neutral pula membantu wajah anda kelihatan lebih tirus dan seimbang.

 

Keselesaan dalam berpakaian termasuk memilih inner tudung yang betul akan menambah keyakinan diri. Apabila tudung terletak kemas, penampilan juga akan tampak lebih anggun dan menawan.