glowwe

3 Mitos Popular Tentang Pori-Pori.

3 Mitos Popular Tentang Pori-Pori.
Mitos 1:
Pori-pori boleh dibuka dan ditutup.
Kebenarannya:
Pori-pori tidak mempunyai otot di sekitarnya untuk membolehkan ianya terbuka dan tertutup.
Melakukan stim pada kulit wajah hanya boleh melonggarkan serpihan kekotoran, kulit mati dan debu pada wajah. Cara ini menyebabkan wajah lebih mudah dibersihkan.
Tetapi ianya tidak menyebabkan pori-pori terbuka.
Mitos 2:
Pori-pori boleh dihilangkan.
Kebenarannya:
Dengan penjagaan kulit yang betul, pori-pori boleh kelihatan kurang ketara tetapi tidak boleh dihilangkan.
Apabila sebum (minyak), debu, kekotoran dan solekan yang berlebihan dibersihkan dengan rapi, pori-pori tidak akan meregang dan bukaannya tidak ketara.
Mitos 3:
Titik-titik ‘hitam’ pada bintik hitam adalah kotoran.
Kebenarannya:
Titik-titik kecil yang biasa dilihat pada hidung dan pipi adalah sebenarnya adalah hasil pengoksidaan oksigen dan sebum.
Salah satu cara untuk mencegah bintik hitam baru daripada membentuk ialah dengan menggunakan produk pengelupasan seperti skrub secara mingguan atau produk penjagaan wajah yang mengandungi salicylic acid.
NOTA 1: Saya pernah merujuk kepada beberapa pakar kulit dan saya dapati bahawa liang pori-pori hanya boleh dikecilkan secara kekal dengan rawatan laser.
Hampir semua jenis rawatan dan produk yang lain bersifat sementara iaitu menyebabkan liang pori-pori kelihatan tidak ketara sahaja.
NOTA 2: Saiz liang pori-pori ditentukan oleh faktor genetik, jenis kulit dan umur.

Lihat Komen

  • Assalamua'laikum Puan Mary , saya ada cuba skincare baru yg trial set one set ( toner , facewash , moituriser ) hada labo yang acne prone atas sebab saya seorang students & waktu memng pimple ada jer nak tumbuh . Lepas saya pakai beberapa hari , kulit saya berubah kering macam terkelupas . Saya risau , Saya harap sangat puan boleh beri saya apa apa yang perlu saya buat , TOLONG SAYA :)

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

1 week lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas