Kategori: Puan Mary

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu terang (light purple) dan ungu gelap (dark purple). Setiap tona membawa keunikan tersendiri yang boleh memberi kesan berbeza pada penampilan.

Berikut merupakan 5 tip memakai warna ungu iaitu:

Tip 1: Pilih Warna Ungu Yang Sesuai Dengan Warna Tona Kulit

• Jika anda memiliki tona kulit cool, pilih ungu bertona cool kerana ia cenderung kepada warna kebiruan
• Manakala bagi anda yang bertona kulit warm, ungu bertona warm yang mempunyai sedikit kekuningan adalah pilihan yang lebih sesuai.

 

Tip 2: Pilih Warna Ungu Dengan Warna Neutral

• Teknik monokromatik adalah teknik menggabungkan warna yang wujud sebaris dengan roda warna.
• Padanan warna ungu dengan tona neutral mampu mencipta ilusi badan yang lebih tinggi dan langsing, sekaligus memberikan penampilan kelihatan lebih elegan.

 

Tip 3: Padanan Warna Ungu Dengan Warna Neutral

• Contoh warna neutral yang boleh dipadankan dengan warna ungu seperti Black, Grey, White, Beige and Brown.
• Tujuan utama padanan ini adalah untuk menonjolkan warna ungu pada tudung, manakala warna neutral berfungsi sebagai pelengkap bagi menyempurnakan keseluruhan gaya.

 

Tip 4: Lengkapkan Penampilan Dengan Tambahan Aksesori Mengikut Tona Warna

• Memilih aksesori berwarna silver atau gold.
• Jika memakai warna ungu warm sesuai dipadankan dengan aksesori gold.
• Jika memakai warna ungu cool sesuai dipadankan dengan aksesori silver.

 

Tip 5: Mulakan Padanan Warna Dengan Memilih Warna Baju Dahulu

• Jika baju berwarna deep purple sesuai dipadankan dengan tudung berwarna light purple.
• Warna gelap berperanan membantu menyamarkan bahagian badan yang tidak ingin menjadi tumpuan, sekaligus memberikan penampilan anda kelihatan lebih elegan dan eksklusif.

Pemilihan dan padanan warna ungu yang tepat bukan sahaja mampu menyerlahkan penampilan anda, malah boleh memberikan kesan visual yang lebih menarik dan seimbang. Dengan memahami teknik padanan warna dan pemilihan material yang bijak, anda bukan sahaja tampil bergaya, malah lebih yakin dalam setiap langkah.

 

Share

Artikel Terkini

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

1 week lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas

5 Jenis Seluar Yang Sesuai Dengan Wanita Berbadan Ruler

Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca

2 months lepas