Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan dengan bentuk badan serta fungsi yang diperlukan. Setiap wanita perlu memahami bentuk badan sendiri untuk memastikan beg tangan yang dipilih sesuai dan melengkapi penampilan. Beg tangan juga seharusnya memberikan fungsi yang praktikal agar memudahkan urusan harian.
Berikut merupakan cara yang betul pilih beg tangan iaitu:
1. Mengenalpasti Bentuk Badan
a) Bentuk Badan Pear
• Digalakkan memilih beg tangan yang berstruktur kukuh (solid) dengan potongan lurus yang dapat mengimbangi bentuk badan.
b) Bentuk Badan Straight Cut
• Sesuai memilih beg tangan yang berstruktur lembut dan mempunyai rekaan berlekuk-lekuk bagi mengimbangi bentuk badan.
2. Saiz Beg Tangan
• Memastikan beg tangan tidak melebihi kelebaran badan.
• Ukur saiz beg tangan dengan meletakkan beg tangan tersebut dihadapan kawasan badan yang paling lebar.
3. Warna Beg Tangan
• Warna neutral merupakan warna yang paling mudah untuk dipadankan dengan pelbagai jenis penampilan dan juga warna pakaian.
• Untuk acara formal, padanan beg tangan berwarna neutral atau bertona gelap adalah pilihan yang sesuai.
• Untuk situasi santai seperti percutian bersama keluarga atau keluar bersama kawan, beg tangan berwarna ceria atau bertona lembut amat
sesuai digayakan.
4. Mengetahui Acara Yang Akan Dihadiri
• Beg tangan formal sesuai dipadankan oleh wanita yang berkerjaya.
• Beg semi-formal sesuai dipakai ke tempat kerja atau ke tempat yang santai seperti tote bag.
Pemilihan beg tangan perlu dibuat dengan bijak berdasarkan situasi dan fungsi penggunaan, bukan semata-mata mengikut kehendak atau trend semasa. Pemilihan yang tepat bukan sahaja menambah gaya, tetapi juga memberi keselesaan dan kemudahan dalam menjalani rutin harian.
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca
Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca