Warna merah sering dikaitkan dengan sifat terang, cerah dan mampu menarik perhatian. Dengan pemilihan tona merah yang tepat, penampilan seseorang boleh kelihatan lebih elegan, cantik dan kemas.
Berikut merupakan 5 tip memakai warna merah iaitu:
Tip 1: Pilih Warna Merah Yang Sesuai Dengan Mesej Yang Ingin Disampaikan
• Setiap pemilihan warna merah mampu memberikan maksud atau mesej tertentu kepada si pemakai.
• Warna merah yang terang dan menonjol seperti True Red dan Chill Red memberikan sifat semangat, berani, kuat dan menarik perhatian.
• Warna merah gelap seperti Maroon, Dark Maroon dan Burgundy memberikan sifat keyakinan dan semangat diri yang tinggi.
Tip 2: Memakai Warna Merah Pada Bahagian Atas (Untuk Individu Lebar Pada Bahagian Bawah Badan)
• Warna merah terang sesuai dipakai pada badan bentuk pear kerana ukuran pinggul lebih lebar berbandning ukuran bahu.
• Pada bahagian atas badan yang ingin ditonjolkon sesuai memakai warna merah terang.
• Wujudkan titik tumpu bagi mengalihkan perhatian daripada bahagian yang ingin diselindung.
Tip 3: Memakai Warna Merah Pada Bahagian Bawah (Untuk Individu Lebar Pada Bahagian Atas Badan)
• Ukuran bahu lebih lebar berbanding ukuran pinggul untuk diselindungi.
• Mencipta titik tumpu pada bahagian bawah badan dengan memakai skirt atau seluar berwarna merah terang.
Tip 4: Pilih Jaket Atau Blazer Berwarna Merah Untuk Kelihatan Lebih Menyerlah
• Memakai blazer berwarna merah untuk acara atau majlis bukan formal akan membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah dan elegan.
• Jika memakai blazer berwarna merah padankan pakaian dalam dengan warna neutral seperti hitam, putih dan beige.
Tip 5: Pilih Pakaian Berwarna Merah Dan Mempunyai Corak
• Gaya feminin boleh memilih corak floral dan gabungkan dengan merah lembut.
• Warna Merah Deep dengan corak kotak-kotak akan kelihatan lebih tegas.
Warna merah merupakan pilihan yang boleh digayakan dalam pelbagai cara. Dengan pelbagai tona warna merah, anda bebas memilih tona warna yang sesuai mengikut acara atau mencerminkan personaliti diri anda.
Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca
Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca
Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca
Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca