Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih seimbang. Di Malaysia, kebanyakan wanita mempunyai ketinggian sederhana dan rendah dalam sekitar 155cm dan ke bawah. Perkara ini penting untuk mengetahui beberapa tip pakaian yang perlu dielakkan supaya penampilan anda kelihatan lebih menarik dan menyerlah.
Beberapa Perkara Yang Perlu Dielakkan iaitu:
1. Memakai Terlalu Banyak Warna
• Memakai 2 warna utama seperti baju dan tudung berwarna putih manakala tudung pula berwarna purple.
• Penggunaan 2 warna utama sahaja akan membantu penampilan anda tidak kelihatan banyak pecahan.
2. Memakai Terlalu Banyak Corak
• Elakkan memakai baju, tudung dan seluar yang bercorak secara serentak.
• Menggunakan 1 corak sahaja agar penampilan anda tidak sarat.
3. Memakai Terlalu Banyak Perincian
• Elakkan memakai pakaian yang mempunyai ropol yang berlebihan.
• Jika baju mempunyai ropol pastikan seluar dan tudung perlu plain.
• Perincian yang berlebihan menyebabkan wanita rendah akan kelihatan lebih rendah.
Beberapa Perkara Yang Perlu Digalakkan iaitu:
1. Penggunaan Rekaan Garis Menegak
• Memilih garis menegak dalam ketebalan garis dari sederhana tebal sehingga garis nipis.
• Garisan tebal akan menyebabkan anda kelihatan lebar ke tepi.
2. Penggunaan Teknik ‘Panelling’
• Ciptakan pecahan pada penampilan sama ada 2 atau 3 bahagian dengan menggunakan garisan menegak.
• Memberikan ilusi lurus pada bahagian badan anda.
3. Ciptakan Titik Tumpu Pada Bahagian Atas Badan
• Memakai warna tudung yang menyerlah.
• Menciptakan titik fokus pada bahagian wajah anda untuk menarik perhatian orang.
• Memberikan ilusi tinggi pada ketinggian anda.
Pemilihan pakaian yang sesuai memainkan peranan penting dalam membantu wanita berbadan rendah kelihatan lebih tinggi dan seimbang dari segi visual. Gaya yang bijak bukan sahaja meningkatkan ketinggian secara ilusi, malah turut menonjolkan keyakinan dan keanggunan seseorang wanita.
Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca