Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya hampir sama. Lekuk pada pinggang yang kurang jelas memberikan bentuk badan yang lurus. Pemilihan seluar yang tepat berperanan penting untuk mencipta ilusi lekuk, menambah dimensi pada penampilan serta menonjolkan rupa bentuk kaki agar keseluruhan badan kelihatan lebih seimbang.
Berikut merupakan 5 jenis seluar yang sesuai bagi wanita yang berbadan ruler:
1. High-Waisted Pants (Seluar Pinggang Tinggi)
• Seluar pinggang tinggi sesuai digayakan kerana ia mampu mewujudkan ilusi pinggang yang lebih ramping dan memberikan bentuk badan yang lebih seimbang dan menarik.
• Membantu menonjolkan lekuk pada bahagian tengah badan menjadikan penampilan kelihatan lebih kemas, anggun dan feminin.
2. Wide-Leg Pants (Seluar Kaki Lebar)
• Seluar jenis ini direka dengan potongan yang menambah kelebaran pada bahagian bawah badan dan membantu mengimbangi bentuk badan yang cenderung lurus.
• Potongan ini memberikan ilusi lekuk pada badan menjadikan penampilan kelihatan lebih anggun.
3. Flared or Bootcut Pants (Seluar Kembang Sedikit di Bawah)
• Seluar potongan ini sangat sesuai dipakai kerana rekaannya yang mampu memberikan ilusi bentuk pinggul yang lebih feminin serta menonjolkan potongan pinggang yang kelihatan lebih ramping.
• Potongan seluar ini membantu mengimbangi bentuk badan agar lebih elegan apabila dipadankan dengan kasut bertumit.
4. Paperbag Waist Pants (Seluar Bertali atau Bergetah di Pinggang)
• Seluar jenis ini merupakan pilihan yang ideal kerana potongannya mampu mencipta sedikit kelebaran pada bahagian pinggang.
• Rekaan jenis ini bukan sahaja menonjolkan gaya yang moden dan kemas, malah memberikan ilusi lekuk badan yang lebih feminin menjadikan penampilan kelihatan lebih seimbang.
5. Pleated Trousers (Seluar Berlipat di Bahagian Pinggang)
• Seluar jenis ini sesuai dipakai kerana rekaan pleats pada bahagian tersebut dapat menambah sedikit kelabaran pada kawasan pinggul dan memberikan ilusi bentuk badan yang lebih berlekuk dan cantik.
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting bagi wanita berbadan ruler, kerana ia dapat menciptakan ilusi lekuk badan yang lebih seimbang. Seluar yang direka dengan potongan terperinci dapat membantu menaikkan seri keseluruhan gaya anda.
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca