Beza wanita yang tampil berkeyakinan tinggi dengan yang kelihatan biasa-biasa ialah pada pengetahuan dan amalannya.
Kerjaya saya menemukan saya dengan pelbagai wanita yang mempunyai pelbagai latarbelakang. Dan saya dapati wanita yang…
- berkeyakinan dalam pertuturan
- anggun dalam berpakaian
- konfiden dalam pergaulan
- profesional dalam setiap urusan
…adalah wanita yang tinggi daya fikir, mendalam ilmu pengetahuan dan konsisten dalam mengamalkan apa yang dipelajari.
Wanita yang saya temui, ada yang ideal bentuk tubuhnya, ada yang berisi dan ada yang kecil molek. Namun, dalam situasi mereka, SIZE DOES NOT MATTER. Apabila wanita ini berkeyakinan tinggi, mata saya terus ‘melihat’ pada kehebatan aura wanita itu.
Apakah pengetahuan dan amalan wanita yang berkeyakinan ini? Saya kupas dahulu dari sudut berpenampilan.
- Mereka mempunyai pengetahuan mendalam tentang bentuk tubuh dan rangka badan mereka. Ini menyebabkan mereka mengamalkan teknik berpakaian yang menepati bentuk tubuh mereka. Kemas, tidak ketat, warna sedap mata memandang dan potongan yang selesa.
- Wanita ini jelas tentang mesej yang mahu mereka sampaikan melalui pakaian yang mereka pilih. Dan mereka konsisten dengan penampilan sebegitu.
- Wanita ini sangat rajin. Tiada alasan mereka berikan untuk tampil kemas, mempunyai mekap yang segar di muka, walaupun hampir kesemuanya adalah ibu-ibu yang mempunyai anak lebih tiga orang.
Now, to all the ladies reading thing, my message is…
Kenali diri kita, perhatikan penampilan kita, jagalah diri kita. Jika tidak tahu, belajarlah kerana ada cara untuk mengurus diri dalam kesibukan sepanjang hari.
Reward yourself by improving yourself. Usah selekeh, terutama kepada teman-teman muslimah kerana agama kita bukan bersifat selekeh. Beauty, is about being confident. Beauty, in the end, is an effort.