Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke hari ini. Sama ada garis melintang, garis menegak atu garis menyerong, setiap satu garis tersebut memberi kesan visual yang tersendiri. Pemilihan jenis garis yang tepat mampu menciptakan ilusi bentuk badan yang lebih seimbang dan menarik.
Berikut merupakan bagaimana memilih corak bergaris pada pakaian iaitu:
1. Garis Melintang (Horizontal Line)
• Garis melintang memberi paduan kepada mata untuk melihat ke kiri dan ke kanan seterusnya memberikan kesan kelebaran.
• Wanita berbadan berisi tidak digalakkan memakai garis melintang.
• Pakaian garis melintang masih boleh dipakai tetapi dipadankan dengan jaket agar garis tersebut kelihatan lebih pendek dan tidak terlalu
menonjol.
2. Garis Menegak (Vertical Line)
• Garisan menegak memberikan paduan pada mata untuk melihat ke atas dan ke bawah lalu memberikan ilusi meninggi.
• Memilih garis menegak yang nipis dapat memberikan kesan ilusi badan yang lebih tinggi.
• Digalakkan memilih garis yang kontra dengan warna baju seperti garis berwarna hitam latar berwarna putih atau garis berwarna maroon latar berwarna kuning.
3. Garis Menyerong (Diagonal Line)
• Garis menyerong dikira sebagai unnatural line yang berlawanan dengan pergerakan semula jadi mata. Garis ini digunakan untuk menutupi
kekurangan pada tubuh badan seseorang.
• Garis tersebut dapat menutupi segala kekurangan yang ada padab badan.
• Garis menyerong juga menghasilkan kesan visual yang mengelirukan pandangan mata, sekali gus mengalihkan tumpuan daripada kawasan
badan yang ingin disorokkan.
Corak bergaris pada pakaian bukan sekadar elemen hiasan, malah berperanan penting dalam membentuk ilusi visual terhadap bentuk badan. Pemilihan jenis garis yang sesuai seperti garis menegak, garis melintang dan garis menyerong dapat membantu menonjolkan penampilan yang dapat memberikan keyakinan kepada seseorang wanita.