Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting bagi mengekalkan kualiti dan ketahanan kasut dalam jangka masa panjang. Kasut yang tidak digunakan secara kerap mudah terdedah kepada kerosakan jika tidak disimpan dan dijaga dengan betul. Jadi amat penting penyimpanan kasut di dalam almari kerana
membantu untuk melindungi kasut daripada habuk, kelembapan dan kerosakan.

Berikut merupakan cara penjagaan kasut iaitu:

1. Pemakaian Stoking

• Pemakaian stoking berfungsi menyerap kelembapan dan bau pada kaki bagi melindungi kasut daripada masalah tersebut.

2. Penggunaan Spray Kasut

• Semburkan produk Scholl Foot Spray dan Larrie Shoe Care pada bahagian kaki terlebih dahulu sebelum memakai kasut bagi memberikan keselesaan pada kaki.
• Fungsi produk spray tersebut membantu menghilangkan bau kasut dan kelembapan yang ada pada dalam kasut.

3. Penjagaan Luar Kasut

• Pastikan permukaan kasut dibersihkan selepas digunakan sebelum disimpan di dalam almari untuk mengekalkan kebersihan dan kualiti kulit kasut.

4. Penggunaan Alat Shoes Tree

Shoes tree berfungsi untuk menjaga dan mengekalkan bentuk kasut.
• Sebeum menggunakan shoes tree pastikan kasut tersebut dibersihkan terlebih dahulu.

5. Penggunaan Shoes Step

• Dapat membantu penyusunan kasut kelihatan lebih kemas, teratur dan mudah dicapai apabila diperlukan, terutama bagi mereka yang memiliki ruang penyimpanan yang terhad di rumah.

Penjagaan kasut yang baik mampu mengekalkan kualiti dan ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah memanjangkan jangka hayat kasut tersebut. Dengan penjagaan yang betul, kasut sentiasa kelihatan kemas dan tersusun di dalam almari.