Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada dalam bentuk blouse shirt yang mempunyai placket ataupun fashionable blouse yang tidak mempunyai placket. Pemilihan jenis blouse yang sesuai amat penting bagi memastikan penampilan kelihatan kemas, elegan dan profesional.
Berikut merupakan cara memilih blouse untuk ke tempat kerja iaitu:
1. Corak Pada Pakaian
• Utamakan corak polos (plain) pada blouse untuk ke tempat kerja agar kelihatan lebih kemas dan profesional.
• Elakkan memilih pakaian yang mempunyai corak bungan yang besar.
• Pilih perincian blouse ringkas ke tempat kerja bagi mengelakkan perincian tersebut menjadi tumpuan.
2. Perincian Pada Blouse
• Digalakkan memilih blouse yang memiliki corak dan rekaan yang ringkas agar kelihatan kemas, cantik dan elegan.
• Sebelum memilih blouse ke tempat kerja perlu membuat look and compare terlebih dahulu.
3. Fabrik Pada Blouse
• Digalakkan untuk memakai innerwear bagi menutupi anggota badan jika fabrik blouse tersebut kelihatan nipis dan jarang.
4. Labuh Blouse
• Paras labuh blouse perlulah menutupi pinggul dan tidak melebih paras bawah kaki.
Pemilihan blouse untuk ke tempat kerja perlu diberi perhatian agar penampilan kelihatan lebih profesional, kemas dan sesuai dengan suasana formal. Dengan memilih blouse yang tepat dari segi corak, rekaan, fabrik dan labuh blouse akan membuatkan seseorang wanita itu bukan sahaja tampil bergaya, malah lebih yakin dalam menjalankan tugas seharian.