Puan Mary

Apakah Pakaian Yang Sesuai Dipakai Ke Tempat Kerja?

Adakah anda seorang wanita yang bekerja?

Apakah pakaian yang selalu anda pakai untuk ke tempat kerja?

Sesuaikah pakaian yang anda pilih itu untuk dipakai ke tempat kerja?

Bagaimana pula dengan warna, corak, rekaan dan seumpanya yang sesuai dipakai ke tempat kerja?

Untuk menjawab soalan di atas, saya akan jelaskan di dalam penulisan kali ini.

Sebagai seorang wanita yang bekerja, penampilan diri harus dijaga untuk kelihatan kemas, bersih dan rapi.

Walaupun begitu, pakaian yang dipilih untuk ke tempat kerja mestilah tidak terlalu keterlaluan dan berlebihan.

Pemilihan pakaian untuk ke tempat kerja juga perlu dipilih berdasarkan suasana kerja sesebuah organisasi tersebut.

Setiap organisasi mempunyai etika pakaian yang berbeza.

Sebagai contoh, untuk kakitangan sektor kerajaan mempunyai etika berpakaian yang khusus berbanding pekerja di syarikat swasta.

Pekerja di syarikat swasta juga mempunyai etika berpakaian yang berbeza mengikut jenis industri yang diceburi.

Pakaian Yang Sesuai Dipakai Ke Tempat Kerja

Pakaian ke tempat kerja yang baik bertujuan menampakkan sisi profesional anda dalam bekerja dan memudahkan urusan formal berlaku antara anda dan orang lain di pejabat.

Pilihan pakaian ke pejabat pada masa kini ada tiga iaitu:

  • Formal (business formal)
  • Office daily wear (business standard)
  • Business casual / smart casual

Formal

Pakaian formal sesuai dipakai ke tempat kerja kerana pakaian tersebut bersifat profesional.

Apabila anda pilih pakaian ke tempat kerja, pakaian yang dipilih mestilah sesuai dengan budaya dan situasi di sesebuah organisasi atau syarikat anda bekerja.

Sebagai contoh jika anda bekerja di dalam industri yang tradisional seperti kewangan, perbankan, perakaunan, perundangan, perubatan dan pegawai peringkat atasan dalam sektor korporat.

Pakaian yang dipilih individu yang bekerja dalam industri tersebut perlu mempunyai corak dan warna yang amat minimal, mengutamakan kualiti dan potongan yang kemas, gaya yang klasik, formal dan bukan trendy.

Pakaian formal juga sesuai dipakai sekiranya ada mesyuarat penting dengan pelanggan atau pembentangan di tempat kerja.

Business Standard

Pakaian dalam kategori ini adalah pakaian yang kebiasannya dipakai oleh pekerja untuk ke tempat kerja.

Setiap syarikat atau organisasi mempunyai kod dan garis panduan berpakaian yang telah ditetapkan khas untuk pekerja.

Ciri-ciri pakaian ini adalah profesional tetapi masih selesa untuk dipakai, rapi, kemas dan mudah untuk melalukan pergerakan ketika bekerja.

Selain itu, pakaian ini bersifat sedikit kasual berbanding pakaian formal.

Antara contoh pakaian yang boleh dipakai ialah baju berkolar (bagi lelaki), blaus yang mempunyai ciri-ciri formal, seluar atau skirt.

Adakalanya pemakaian seluar jeans mungkin boleh diterima di sesetengah tempat kerja tetapi dengan warna yang bersesuaian, tidak koyak atau corak yang keterlaluan.

Jadi pakaian yang anda pilih mestilah bersesuaian dengan budaya dan persekitaran tempat kerja anda.

Smart/Business Casual

Pakaian smart/business casual juga antara pakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja dengan kod pakaian yang lebih santai terutamanya dalam bidang atau industri kreatif seperti pengiklanan, reka grafik, fesyen, kecantikan, hiburan dan lain-lain.

Smart casual ialah pakaian yang sedikit bergaya dan sesuai dipakai dalam situasi yang tidak begitu formal. Pakaian yang dipilih mestilah kemas, bersih dan sesuai untuk situasi bekerja.

Manakala pakaian business casual sesuai juga dipakai untuk temu duga, menghadiri mesyuarat dengan klien dan secara harian di pejabat.

Pakaian business casual tidaklah terlalu kasual dan tidak juga terlalu formal.

Pakaian ini sesuai dipakai sekiranya anda tidak pasti tentang kod berpakaian di sesuatu tempat kerja.

Kebiasaannya pakaian smart casual ni sifatnya lebih santai berbanding pakaian business casual.

Apakah Ciri-Ciri Pemilihan Pakaian Yang Perlu Dipertimbangkan Untuk Dipakai Ke Tempat Kerja? 

Warna

  • Pilih warna yang sesuai dengan industri tempat bekerja. Warna yang dipilih  tidak terlalu lembut dan tidak terlalu cerah serta berwarna-warni.
  • Warna yang gelap atau neutral adalah warna yang dikategorikan sebagai warna yang formal dan warna yang cerah bersifat lebih kasual dan santai.

Corak 

  • Tidak digalakkan memakai terlalu banyak corak sama ada pada pakaian atau tudung supaya tidak kelihatan terlalu sarat.
  • Untuk tujuan ke tempat kerja, boleh pilih untuk pakai corak yang minimal pada tudung seperti floral, geometri atau abstrak.
  • Pemakaian tudung, blaus atau baju kurung yang kosong (plain) lebih sesuai dipakai berbanding corak yang terlalu sarat dengan floral dan sebagainya pada pakaian.

Perincian 

  • Pilih perincian yang tidak keterlaluan untuk ke tempat kerja.
  • Pakaian yang mempunyai sulaman, lace, manik atau perincian berbentuk hiasan yang berlebihan tidak begitu sesuai dipakai ke tempat kerja.
  • Perincian pada pakaian atau tudung boleh dipakai tetapi dengan kuantiti yang minimum sahaja.

Potongan 

  • Pemilihan pakaian yang sebaiknya dipilih untuk ke tempat kerja ialah mempunyai potongan yang sesuai dengan bentuk dan saiz badan.
  • Potongan pakaian yang dipilih mestilah tidak terlalu ketat dan mengikut bentuk badan. Pakaian yang ketat tidak sesuai dipakai ke tempat kerja kerana boleh mengganggu pandangan pekerja yang lain.

Fabrik

  • Fabrik yang dipilih mestilah tidak terlalu licin, tebal atau jarang apabila dipakai.
  • Pemilihan fabrik yang betul perlu dilakukan supaya anda berasa selesa, tidak terlalu panas dan sesuai dengan cuaca dan persekitaran semasa.

Pakaian pejabat perlu disesuaikan dengan tempat kerja. Benar, tidak semua tempat kerja mengamalkan pakaian formal pada zaman ini.

Sudah ada banyak organisasi yang membenarkan t-shirt berkolar dan seluar denim sebagai pakaian kerja harian.

Namun tidak semua juga tempat kerja mengamalkan pakaian business casual. Masih ada tempat kerja yang mengutamakan pakaian kemas dan formal di tempat kerja.

Artikel Terkini

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas

Perlukah Wanita Bergaya Di Rumah?

Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca

2 months lepas