Puan Mary

Bagaimana Nak Pikat Hati Penemu Duga Dengan Warna Pakaian?

Menghadiri temu duga kerja adalah satu situasi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah anda. Pasti anda juga ada mempunyai sekurang-kurangnya satu pengalaman menghadiri sesi temu duga kerja. Apabila berbicara tentang temu duga kerja, salah satu elemen yang penting untuk dititikberatkan adalah pemilihan pakaian.

Jadi, bagaimana anda hendak pikat hati penemu duga dengan warna pakaian yang dipakai?

Oleh itu, di dalam artikel ini akan dikongsikan tentang pemilihan warna pakaian yang betul untuk menghadiri sesi temu duga dan pikat hati penemu duga dengan warna yang dipakai.

Apabila anda menghadiri sesuatu sesi temu duga, anda adalah seorang calon yang akan menemui bakal majikan untuk pertama kali. Impression ataupun pandangan yang anda ingin tunjukkan kepada bakal majikan adalah pandangan yang profesional, cekap, mahir dan serius mahukan pekerjaan tersebut.

Jadi, pemilihan warna yang hendak dipakai pada pakaian perlulah seiring dengan mesej-mesej yang ingin anda sampaikan.

Seterusnya, akan diperkenalkan kepada anda tentang istilah di dalam dunia warna. Terdapat 2 kategori warna iaitu warna neutral dan warna fesyenwarna yang selain daripada warna neutral.

Dalam situasi temu duga kerja, anda digalakkan untuk mengutamakan lebih banyak penggunaan warna neutral berbanding warna fesyen.

Warna neutral

Jika anda mahu menggunakan warna fesyen, anda digalakkan memilih warna fesyen yang tidak terlalu terang, pekat dan gelap. Pilih kepekatan warna yang sederhana ataupun anda boleh memilih warna pastel, lembut dan cair.

Apabila berbicara tentang warna, ia juga tidak boleh lari dengan konsep bilangan warna yang boleh dipakai pada satu-satu penampilan. Oleh itu, ketika menghadiri sesi temu duga kerja, berapa banyak bilangan warna yang boleh dipakai serentak pada satu masa?

Jawapannya adalah tidak melebihi 3 warna.

Amalkan penggunaan maksimum 3 warna dalam satu penampilan terutamanya untuk ke temu duga. Banyakkan penggunaan warna neutral berbanding warna fesyen. Sekurang-kurangnya dalam penampilan anda mempunyai peratusan sebanyak 60% warna neutral dan 40% warna fesyen.

Peratusan penggunaan warna neutral dan warna fesyen

Jika anda memakai warna fesyen yang berlebihan anda tidak akan kelihatan seperti ingin menghadiri temu duga tetapi untuk menghadiri majlis lain.

Selain itu, warna pakaian ke temu duga juga mempunyai kaitan dengan latar belakang atau industri syarikat. Terdapat pelbagai jenis syarikat yang wujud dalam pelbagai jenis industri.

Jadi, jika anda hendak menghadiri temu duga, ambil tahu tentang industri ataupun sektor di mana syarikat itu berada. Hal ini penting kerana di luar sana terdapat dua sektor utama iaitu sektor awam dan swasta.

Sektor awam lebih dikenali sebagai sektor yang bersifat tradisional dan serius berbanding sektor swasta.

Di dalam sektor swasta seperti industri kewangan, undang-undang, pengurusan lebih bersifat serius, tadisional dan konvensional menyebabkan warna-warna yang anda pilih tidaklah kelihatan terlalu santai dan meriah.

Namun, terdapat satu lagi industri swasta yang bersifat santai dan kasual. Contohnya, industri hiburan, fesyen, IT yang tidak begitu kritikal dalam melihat penampilan. Pemilihan pakaian masih menjadi satu perkara yang penting, tetapi anda disarankan untuk menggunakan warna yang lebih relaks.

Jika ia adalah pertemuan pertama kali dengan bakal majikan, anda perlu memastikan bahawa anda kelihatan proper dan presentable kerana first impression majikan kepada anda adalah penting.

Antara kombinasi warna yang boleh dipakai dan dipadankan ialah:

1. Warna hitam dengan warna deep bright red, sapphire blue atau light buff.


2. Warna charcoal black dengan baby blue, viva vanila atau dark salmon.


3. Warna blue grey dengan warna deep rose, dark carmine atau soft blush.


4. Warna light steel grey dengan medium chocolate, cobalt home atau antique rose.


5. Warna dark navy blue dengan warna cloud blue-violet, fire brick atau coin grey.


6. Warna dark greyish blue dengan warna soil brown, mars maroon atau deep taupe.


7. Warna dark silk blue dengan warna dark green, branch brown atau subtle grey.

8. Warna light sky blue dengan tropical beige, rusty rose atau dark grey.

9. Warna esspresso brown dengan warna teal, dark salmon atau light peanut.


10. Warna khaki brown dengan warna marine navy, jazzberry pink atau sunny yellow.

 

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda memilih warna pakaian yang bersesuaian untuk dipakai ke sesi temu duga.

Anda mestilah menggunakan warna yang bersesuaian dan tidak digalakkan untuk memilih warna yang terlalu terang sehingga mengganggu konsentrasi panel yang akan menemu duga anda.

Jika anda bakal menghadiri sesi temu duga kerja, anda boleh mengamalkan tip ini untuk pikat hati penemu duga.

Anda juga boleh kongsikan artikel ini supaya dapat membantu orang ramai untuk persediaan awal ke sesi temu duga.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

1 month lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

2 months lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

2 months lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas