Dalam artikel kali ini, akan menjawab persoalan yang paling popular dan sering ditanya berkaitan pakaian jubah atau abaya.
Antara soalan yang popular adalah seperti berikut:
– Boleh atau tidak memakai jubah atau abaya ke tempat kerja?
– Adakah jubah atau abaya itu pakaian yang formal?
Merujuk kepada soalan di atas, akan dijelaskan sebab sama ada jubah itu boleh dipakai ataupun tidak untuk ke tempat kerja.
Jubah atau abaya merupakan busana muslimah yang berasal dari Timur Tengah. Abaya ini mempunyai lengan yang panjang, potongan yang longgar dan labuhnya menutupi hingga ke paras kaki.
Dipercayai bahawa abaya atau jubah wujud sejak lebih 4,000 tahun yang lalu sejak zaman pra Islam lagi. Abaya dikatakan sudah ada sejak zaman Mesopotamia, di mana pada zaman tersebut wanita perlu mengenakan pakaian yang mampu untuk menutup seluruh tubunya.
Pada zaman itu, pakaian seperti ini tidak dipanggil abaya, tetapi tujuan utama penggunaan abaya adalah untuk menghindari tubuh badan wanita daripada dipandang.
Apabila Islam mula berkembang pada abad ke-7 dan al-Quran diturunkan, konsep wanita menutup aurat menjadi satu kewajipan dan jubah ataupun abaya ini dilihat sebagai satu pakaian yang mempunyai semua sifat yang mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Disebabkan itulah ia menjadi pilihan ramai untuk orang yang mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Dalam kebanyakan budaya Arab, abaya ataupun jubah menjadi simbol pengabadian kepada agama dan pakaian utama mereka. Revolusi abaya ini dapat dilihat bukan hanya berwarna hitam sahaja, tetapi sudah ada dalam pelbagai tona warna dan corak tertentu. Malah, ada juga jubah ataupun abaya yang mempunyai sulaman di hujung baju untuk menjadikan ia kelihatan lebih mewah, cantik dan bergaya.
Seterusnya, dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia ini pada waktu dahulu, jika dilihat pada pakaian nenek moyang ketika itu, mereka tidak memakai pakaian seperti jubah, tetapi memakai pakaian seperti kebaya yang mengikut bentuk badan dan ada juga yang berkemban.
Jadi persoalannya, dari mana asal usul kedatangan pemakaian jibah atau abaya dalam budaya masyarakat Melayu ini?
Kebiasaannya diketahui bahawa jubah atau abaya ini datang daripada mereka yang pergi menunaikan haji dan umrah. Di sana, mereka nampak budaya orang Arab dan membeli jubah tersebut serta dibawa balik ke Malaysia.
Pada zaman ini, jubah bukan sahaja dikenali sebagai satu pakaian yang digunakan untuk pergi umrah atau haji. Anda boleh melihat ia hampir di semua tempat. Bukan sahaja waktu perayaan atau majlis malahan ke tempat kerja juga ada yang memakai jubah.
Adakah jubah itu formal dan boleh dipakai ke tempat kerja?
Jawapan kepada soalan jubah ini dikategorikan sebagai formal ataupun tidak sebenarnya ia tidak dikategorikan sebagai pakaian yang formal. Dalam budaya di negara kita, jubah ini adalah satu pakaian yang tidak formal.
Adakah jubah boleh dipakai ke tempat kerja?
Jawapan bagi soalan ini adalah tidak sama kerana ada sesetengah tempat kerja, bergantung kepada the nature of the wrokplace. Jika di tempat itu majikan membenarkan penggunaan jubah sebagai salah satu pakaian ke tempat kerja, ia boleh digunakan sama ada setiap hari ataupun pada hari tertentu sahaja. Contohnya, pada hari Jumaat.
Mungkin akan ada yang menyanggah ataupun tidak setuju apabila dikatakan bahawa jubah adalah pakaian yang tidak formal.
Namun, ia kembali kepada asal usul jubah itu sendiri. Asal usulnya pakaian jubah ini adalah untuk tujuan pengabadian dan beribadah. Ia bukanlah pakaian untuk ke tempat kerja, tetapi salah satu pakaian pilihan untuk beribadah.
Jika anda mahu gunakan jubah untuk ke tempat kerja, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya adalah rujuk dengan syarikat atau Jabatan Sumber Manusia (HR) di tempat kerja anda bagi memastikan kod pakaian adalah sesuai dan dibenarkan pakai untuk ke tempat kerja. Ada potongan jubah dan warna tertentu yang dibenarkan. Jadi semak dan rujuk dahulu dengan individu yang betul di tempat kerja anda.
Perkara yang menjadi isu sekarang ini adalah jubah ini tidak dibenarkan untuk dipakai, tetapi mereka memakainya disebabkan ada pendapat turun-temurun daripada pekerja yang lebih senior.
Jubah ini bukanlah tidak bagus untuk digunakan tetapi ada satu sudut jika anda bekerja dalam keadaan yang memerlukan banyak pergerakan, ada bahayanya kerana ada jubah yang terlalu labuh yang boleh menyekat perjalanan kaki anda. Ada satu kes dimana ada orang yang jatuh tangga disebabkan oleh pemakaian jubah yang terlalu labuh.
Jadi, pakaian ke tempat kerja bukanlah semata-mata untuk tujuan bergaya sahaja, tetapi memerlukan juga pemahaman tentang keselamatan di tempat kerja itu sendiri.
Di samping itu, jika ada syarikat yang membenarkan pekerjanya memakai jubah, siapa yang sesuai untuk memakainya? Jubah ini sesuai dipakai terutamanya untuk individu yang bersifat natural dan sukakan pakaian yang ringkas dan mudah untuk dijaga.
Selain itu, jubah atau abaya ini juga sesuai dipakai untuk hampir kesemua jenis bentuk badan sama ada pear, cone, ruler dan sebagainya. Jika anda dibenarkan untuk memakai jubah ke tempat kerja, apakah ciri-ciri jubah yang baik?
Ciri-Ciri Jubah Yang Baik Untuk Dipakai Ke Tempat Kerja
– Corak tidak terlalu bergaya dan terlampau heavy. Corak bergaris dan tidak berbunga
– Potongan yang simple dan tidak melekat pada badan. Tidak terlalu baggy dan tidak terlalu longgar.
– Warna yang gelap adalah digalakkan dan tidak berwarna-warni. Satu atau dua warna sahaja sudah mencukupi.
– Pilih fabrik yang matte dan tidak berkilat. Fabrik yang berkilat tidak sesuai untuk digunakan ke tempat kerja.Setiap pakaian itu sememangnya mempunyai sifat dan ciri-ciri untuk dipakai pada acara atau situasi tertentu.
Tetapi, jika tempat kerja anda membenarkan pemakaian jubah ini, ia tidak menjadi masalah. Anda boleh memilihnya berdasarkan ciri-ciri yang sudah disebutkan di atas tadi.
Kongsikan di ruangan komen jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kongsikan juga artikel ini kepada yang lain supaya lebih ramai yang tahu tentang penggunaan pakaian jubah atau abaya ini ke tempat kerja.