https://www.freepik.com/free-photo/cool-colors-pattern-close-up_5340754.htm#query=color%20combinations%20for%20professional%20look&position=49&from_view=search&track=ais&uuid=11ae8561-b96e-448a-8a28-bfaec324fd49

Setiap warna mempunyai makna dan mesej yang ingin  disampaikan. Pemilihan warna yang dipakai boleh dipengaruhi oleh minat dan personaliti seseorang.

Berikut adalah kombinasi warna profesional dan bergaya yang boleh digayakan sama ada untuk ke tempat kerja atau acara yang bersesuaian.

Mewah dan rapi

  • Bagi anda yang ingin mencipta rupa mewah dan rapi, warna-warna berikut sesuai untuk digayakan.
  • Warna di bawah ini juga bukan khusus untuk pakaian atau tudung sahaja. Anda boleh mempelbagaikan rupa dan gaya berdasarkan warna tersebut.

Tenang dan terang

  • Warna di dalam kategori ini adalah antara warna yang sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai tona dasar kulit yang cool.
  • Peminat warna hijau atau atau biru pastinya meminati warna di dalam kategori ini.

Mahal dan indah

  • Untuk mencipta rupa yang mahal dalam penampilan, anda boleh pakai warna di dalam kategori ini.
  • Warna-warna yang di bawah ini sudah pasti membuatkan anda rasa lebih yakin dengan penampilan yang digayakan.
  • Sesuai juga mengenakan warna ini ketika majlis makan malam dan seumpamanya.

Moden dan sopan

  • Bagi wanita yang ingin mencipta rupa dan gaya yang moden dan sopan, anda boleh pakai warna seperti di bawah ini.
  • Sesuai juga dipadankan dengan warna yang pelbagai sama ada warna pastel atau gelap.

Ceria dan ramah

  • Bagi anda yang mempunyai watak yang ceria, mudah bergaul dan ramah, warna seperti di bawah ini sesuai untuk anda gayakan.
  • Anda boleh juga padankan dengan tudung atau aksesori yang bersesuaian dengan warna tersebut.

Klasik dan dipercayai

  • Pilihan warna seperti di bawah ini pastinya sesuai untuk anda yang ingin kelihatan klasik dan menyampaikan mesej seperti dipercayai.
  • Anda boleh gayakan dan padankan warna tersebut sama ada dengan memilih warna yang lembut atau gelap.

Berdasarkan 6 kombinasi warna di atas, kombinasi manakah yang anda selalu pakai dan minat? Jangan lupa kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah.