Bolehkah saya pakai face wash AHA/BHA pada setiap hari? Ini adalah antara soalan yang saya sering terima apabila memuat naik perbincangan mengenai penggunaan AHA dan BHA.
Seperti yang kita tahu, pencuci muka bukanlah produk yang ditinggalkan pada wajah dalam masa yang lama, oleh itu ia tidak menjadi masalah untuk digunakan harian dengan syarat kulit anda tidak sensitif dan sudah biasa dengan penggunaan AHA/BHA.
Tetapi, untuk pengguna yang baru sahaja mengenali bahan ini dan memiliki kulit yang mudah beri reaksi, #glowwe sarankan untuk mulakan juga secara 2 ke 3 kali seminggu dahulu walaupun sudah dilabel untuk dipakai secara harian.
Kemudian perhatikan reaksi kulit. Secara berperingkat, boleh tambah kekerapan, jika perlu.
Jika kering, merengsa, mengelupas atau jadi merah-merah, kurangkan semula kekerapan.
Semoga membantu.
Leave a comment