Kasut tumit tinggi sememangnya sudah tidak asing lagi dengan wanita. Setiap wanita semestinya mempunyai sekurang-kurangnya sepasang kasut tumit tinggi
Ramai ingin memakai kasut tumit tinggi, tetapi takut jika kaki melecet dan sebagainya ketika menggunakan kasut tersebut.
Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk elakkan kaki daripada melecet ketika memakai kasut tumit tinggi.
1. Pilih saiz kasut yang betul
Saiz kasut perlulah dipilih dengan betul supaya memberikan keselesaan apabila dipakai.
Wanita yang ingin memakai kasut tinggi perlu memilih saiz yang betul dan bersesuaian dengan kaki mengikut keselesaan masing-masing.
Muncung kasut, kelebaran dan ketinggian tumit kasut perlu diberi perhatian.
Jika anda tersalah pilih saiz, ia akan memberikan rasa tidak selesa dan kaki mudah melecet apabila dipakai walaupun dalam jangka masa yang sekejap.
Sebagai contoh, untuk individu yang mempunyai saiz kaki yang besar, mereka boleh memilih saiz seperti 7,8,9 bukanlah saiz 4,5,6 kerana saiz tersebut lebih kecil daripada saiz kaki anda.
Pemilihan saiz yang betul penting untuk memberikan keselesaan dan mengurangkan rasa melecet pada tumit kaki ketika memakainya.
2. Mencuba dahulu sebelum membeli
Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli kasut tumit tinggi, anda perlu mencubanya terlebih dahulu.
Jika anda membeli kasut tumit di kedai kasut, anda boleh mencuba dengan memakai kasut di tempat itu.
Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kedai untuk menguji sejauh mana keselesaan terhadap kasut tersebut sebelum membelinya.
Tujuan mencuba sebelum membelinya adalah untuk memastikan saiz dan kaki anda selesa dengan kasut yang dipilih.
Apabila anda sudah berpuas hati dengan saiz, reka bentuk, ketinggian dan kelebaran kasut tumit tersebut, barulah anda boleh membeli supaya selesa untuk dipakai.
3. Pilih lebar dan tinggi tumit yang sesuai
Kasut tumit tinggi yang tidak sesuai dengan kaki boleh menyebabkan masalah seperti melecet, sakit kaki, sakit tumit dan sebagainya.
Untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku, anda perlu memilih lebar dan tinggi tumit yang sesuai dengan saiz badan.
Anda mestilah memilih tinggi dan lebar tumit yang sesuai supaya dapat menampung berat badan anda.
Jika anda memakai kasut bertumit yang tinggi dan runcing tumitnya, ia akan menyebabkan badan anda hilang keseimbangan ketika memakainya kerana kasut tidak dapat menampung berat badan anda.
Hal ini kerana, semakin bertambah berat badan, semakin rendah tumit kasut yang perlu digunakan.
Lebar dan ketinggian tumit yang dipilih dengan betul dapat mengurangkan masalah kaki melecet apabila memakai kasut tumit tinggi.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang cara pilih kasut bertumit dengan betul boleh tonton video di bawah ini:
4. Guna heels cushion pads
Penggunaan kasut tumit tinggi kebiasaannya boleh menyebabkan melecet di kawasan tumit kaki.
Oleh itu, untuk mengurangkan melecet ketika memakai kasut tumit tinggi, anda boleh letakkan heels cushion pads pada kasut supaya kesakitan dapat dikurangkan.
Di samping itu, penggunaan heels cushion pads ini juga boleh berikan keselesaan pada kaki apabila memakainya dalam tempoh masa yang lama.
Jadi, anda boleh gunakan heels cushion pads ini sebagai langkah untuk mengurangkan atau mengatasi masalah melecet pada kaki.
5. Ambil masa untuk rehatkan kaki
Penggunaan kasut tumit sepanjang hari tanpa menanggalkannya akan menyebabkan kaki anda berasa sakit dan mudah melecet.
Cara lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakit dan melecet pada kaki adalah dengan menanggalkan kasut dan rehatkan kaki dalam tempoh tertentu.
Jika anda sudah memakai kasut tinggi dalam tempoh masa yang agak lama dan banyak berjalan, maka anda perlu berhenti dan berehat seketika.
Buka kasut anda dan letakkan di tempat berhampiran anda sebelum memakainya kemudian.
Pastikan kaki anda mendapat cukup rehat setelah memakai kasut tumit dalam tempoh masa yang lama.
Kaki anda sememangnya memerlukan rehat yang cukup sebelum menyambung semula pemakaian kasut tumit tersebut.
Sebagai kesimpulan, bagi wanita yang ingin memakai kasut tumit tinggi tetapi bimbang kaki akan melecet, anda boleh lakukan perkara seperti di atas untuk mengurangkan masalah tersebut.
Jika anda memilih kasut tumit tinggi dengan saiz yang betul dan selesa, risiko untuk kaki melecet itu akan berkurangan.
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca
Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca