Kategori: Puan Mary

Cara Memilih Serum Berdasarkan Jenis Kulit

CARA MEMILIH SERUM BERDASARKAN JENIS KULIT
Prinsip pemilihan serum adalah seperti berikut:
• Pilih jenis serum yang mempunyai fungsi mengatasi masalah utama kulit
• Pilih tekstur serum yang sesuai dengan jenis kulit agar mudah diserap pantas oleh kulit. Setiap jenis kulit cenderung untuk menghadapi masalah tertentu.
Oleh sebab itu, serum yang dipilih perlu meneliti masalah yang dihadapi oleh jenis kulit tersebut.
1. KULIT NORMAL:
Kulit normal perlukan bahan yang bersifat melindungi kulit dan antioksidan kerana setiap hari kulit normal terdedah kepada radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit.
Walaupun kulit normal sering dikaitkan dengan keadaan kulit yang sudah sempurna dan mempunyai tekstur yang sudah cukup baik, adalah lebih sukar untuk menjaga keadaan yang baik ini.
Kulit normal sesuai menggunakan:
• Hydrating or moisturizing serum
• Anti-aging serum
2. KULIT BERMINYAK:
Kulit berminyak cenderung untuk alami masalah berikut:
• Kulit kusam (dull skin) dan tona kulit tidak sekata
• Pori-pori ketara
• Kulit mudah berjerawat
• Minyak berlebihan tapi alami dehidrasi
Berdasarkan masalah ini, kulit berminyak sesuai menggunakan:
• Brightening serum
• Skin repairing (pore) serum
• Acne fighting serum
• Hydrating serum
3. KULIT KERING
Kulit kering cenderung untuk alami masalah berikut:
• Kurang kelembapan sehingga kulit mengelupas
• Mudah ada garis halus dan kedutan
• Kulit kurang anjal
Berdasarkan masalah ini, kulit kering sesuai menggunakan:
• Hydrating or moisturizing serum
• Anti-aging serum Skin repairing serum
Untuk kulit yang alami jeragat, pigmentasi berlebihan atau tompok-tompok gelap sesuai menggunakan brightening or whitening serum.
Untuk kulit yang alami masalah iritasi, pedih atau merah-merah memerlukan serum yang melegakan. Serum begini biasanya mempunyai label soothing serum.
Serum yang mengandungi bahan pengelupasan seperti AHA dan BHA dipanggil exfoliating serum.
Serum jenis ini mempunyai fungsi yang sama seperti brightening serum.
Share

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

2 months lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas