Kategori: Puan Mary

Cara Mengemas Almari Pakaian Dengan Mudah

Bagaimana hendak mengemas almari supaya menjadi lebih terurus?
Adakah anda mempunyai baju yang tidak dipakai?
Baju yang terlebih dipakai?
Ataupun baju yang menunggu untuk dipakai?

Artikel kali ini akan membincangkan tentang teknik atau cara mengemas almari pakaian. Teknik ini bertujuan untuk memastikan pakaian yang ada dalam almari tersebut berfungsi sepenuhnya untuk anda.

Apbabila berbincang tentang mengemas almari pakaian, prinsipnya senang sahaja.

Apa yang masih muat dipakai, boleh dipakai dan masih lagi sesuai serta berfungsi untuk tujuan hidup anda. Boleh kekal dipakai dan jangan dibuang untuk elakkan pembaziran.

Apa sahaja baju yang lama dan sudah tidak dipakai atas sebab-sebab tertentu seperti tidak lagi muat atau baju itu sudah out of season, anda perlu keluarkan ia daripada almari untuk disedekahkan atau dikitar semula dan sebagainya.

Mungkin baju yang ada itu tidak berguna untuk anda tetapi mungkin berguna untuk orang lain.

Jadi, bagaimana hendak mula untuk uruskan almari anda?
Bagaimana hendak pastikan susunan baju di dalam almari ini berguna dan praktikal untuk anda?

Anda perlu mempunyai 3 bakul yang besar dengan melabelkan ia kepada 3 bahagian iaitu in, out, kiv.

Keluarkan semua pakaian yang ada di dalam almari dan anda akan susun dan tengok pakaian tersebut satu persatu dan susun mengikut label in, out dan kiv.

Selepas semua pakaian anda keluarkan, kemas segala kekotoran atau habuk yang ada di dalam almari tersebut serta baiki jika ada bahagian almari yang sudah rosak dan gantikannya dengan yang baru.

Kemudian, anda susun pakaian yang anda sudah kelaurkan tadi dengan teknik penyusunan mengikut in, out dan kiv.

Jadi, apakah pakaian yang apabila dilihat itu boleh dimasukkan ke dalam bakul yang berlabel in.

Ciri-ciri pakaian yang sesuai diletakkan pada label in adalah:
– Masih dipakai
– Masih muat (tidak ada masalah pada saiz dan sebagainya)
– Warna masih sesuai
– Potongan masih sesuai dengan tubuh badan
– Gaya pakaian itu masih trendy dan sesuai dipakai semasa itu.
– Sesuai dengan gaya hidup anda (sekiranya pakaian itu masih sesuai dengan gaya hidup anda sekarang, maka ia masuk di dalam kategori in)

Semasa anda membuat sesi penilaian pakaian itu, mungkin ada pakaian yang memenuhi ciri-ciri pakaian yang out.

Ciri-ciri pakaian untuk label out adalah:
– Pakaian itu sudah tidak dipakai lebih dari 6 bulan (jika anda tidak boleh ingat bila waktu terakhir anda pakai baju tersebut, bermakna anda sudah lama tidak menggunakan baju tersebut)
– Jika baju itu banyak yang perlu diubah suai
– Gaya yang sudah ketinggalan zaman
– Potongan dan warna yang tidak sesuai
– Tidak muat

Jangan rasa sayang pada pakaian yang anda tidak gunakan. Ramai yang menyimpan baju kerana adanya sifat sentimental terhadap baju tersebut.

Seterusnya, mungkin ada juga pakaian yang anda periksa pada ketika itu, anda tidak rasa ia dalam kategori in mahupun kategori out. Mungkin anda rasa baju tersebut masih boleh diselamatkan.

Ciri-ciri baju dalam kategori kiv adalah:
– Rasa masih sesuai dipakai
– Potongan masih baik
– Gaya masih trendy
– Masih muat
– Hanya perlu lakukan sedikit sahaja pengubah suaian

Jika anda ada pakaian yang menepati ciri-ciri di atas, ia dikategorikan sebagai baju yang kiv (keep in view).

Selepas anda selesai kategorikan baju mengikut label, anda perlu nilai semula baju yang ada di dalam kategori kiv itu sama ada masih boleh digunakan dengan gaya hidup anda dan sebagainya.

Cara yang mudah untuk anda bandingkan adalah jika baju kiv itu mempunyai sifat yang sama dengan kategori in, anda boleh masukkan ia ke tempat tersebut.

Untuk baju yang dalam kategori out, anda tidak digalakkan untuk melihat dan menilainya secara berulang kali. Anda perlu asingkan baju tersebut ke dalam plastik atau kotak untuk tujuan kitar semula, derma dan sebagainya.

Apabila anda mengamalkan teknik in, out dan kiv ini, dan anda lihat semula baju yang di dalam kategori kiv itu. Kemungkinan baju yang dalam kategori kiv itu sesuai diletakkan di bahagian out.

Pastikan pakaian di ruang kiv sudah selesai dinilai bagi menandakan tamatnya sesi pemeriksaan pakaian anda.

Jadi, baju yang berada di dalam kategori in anda masuk dan susun semula di dalam almari. Baju yang dalam kategori out jangan disimpan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memberi kefahaman untuk anda menilai pakaian yang berada di dalam almari anda.

Anda disarankan untuk tidak menyimpan lama-lama pakaian yang anda tidak gunakan dan jangan biarkan pakaian yang boleh dipakai tetapi tidak dipakai disebabkan oleh anda tidak tahu di mana kedudukan pakaian tersebut.

Pastikan pakaian yang dibeli digunakan sepenuh manfaatnya kepada diri anda. bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau dijadikan koleksi.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

8 hours lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas