glowwe

Cara Menghilangkan Jerawat Yang Disebabkan Mask (Mask Acne)

Mask acne adalah sejenis jerawat yang terjadi kerana tekanan, geseran, gosokan, aktivit memicit atau sesuatu yang menegangkan kawasan wajah yang terlibat. Ramai yang bertanya apakah produk skincare terbaik untuk menghilangkan mask acne yang boleh didapati di drugstore seperti watson? Bagaimana cara menghilangkan jerawat yang disebabkan oleh pemakaian mask (mask acne)?
Mask ance berbeza dengan jenis jerawat lain yang sering muncul disebabkan faktor hormon, mask acne hanya berlaku di kawasan di mana topeng berada di atas kulit.
Punca/Penyebab Mask Acne:
1) Peluh, minyak dan kotoran seperti makeup.
Peluh, minyak dan kotoran lain serta bakteria yang terperangkap pada kulit sepanjang pemakaian mask muka menyumbat liang pori dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
2) Geseran mask pada wajah.
Mask muka boleh menyebabkan kulit merengsa dengan cara geseran pada wajah secara terus (direct contact), ia boleh merosakkan skin barrier dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
3) Cuaca panas dan sejuk.
Cuaca juga menjadi punca kepada mask acne. Gabungan peluh, minyak, dan kelembapan dari pernafasan di bawah topeng dapat menyumbat liang pori dan menyediakan persekitaran yang lembap untuk bakteria tumbuh pada kulit wajah.
Cara mencegah mask acne (jerawat yang disebabkan mask):
  1. Cuci muka. Jangan biarkan wajah tidak dicuci dalam sehari.
  2. Pakai pelembap yang bersifat non-comedogenic dan oil free untuk elakkan pori tersumbat dan mengelakkan kulit menjadi kering.
  3. Elakkan pakai mekap jika kerja memerlukan pemakaian mask lebih daripada 4 jam.
  4. Kerap tukar mask atau elakkan penggunaan mask yang sama berhari-hari.
  5. Sekiranya menggunakan mask yang dipakai semula, basuh mask anda dengan rendam di dalam air panas dan gunakan sabun basuh yang gentle untuk elakkan ia beri iritasi pada kulit wajah apabila dipakai semula.
Cara merawat dan menghilangkan jerawat yang disebabkan penggunaan mask (mask acne):
  1. Amalkan rutin hydration yang betul dan cukup.
  2. Gunakan spot treatment seperti 2-5 % benzoyl peroxide (oxy 5) dan 1% clindamycin phosphate (tidect) pada kawasan yang terlibat.
  3. Kurangkan penggunaan produk yang banyak pada wajah ketika kulit breakout. Less is more.

Lihat Komen

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

1 week lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas