Kadang kala memiliki tubuh yang kurus juga menjadi cabaran ketika memilih pakaian.
Pemilihan pakaian yang salah akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus.
Bagi wanita yang kurus anda perlulah pilih pakaian yang membantu anda kelihatan curvy.
Sebelum anda memilih pakaian yang ingin dipakai, anda perlu tahu anda berada di dalam kategori yang mana?
Kurus dan tinggi, atau rendah dan kecil?
Setiap ketinggian, bentuk dan rangka tubuh mempunyai cara pemilihan pakaian yang berbeza-beza.
Cara Pilih Blouse Untuk Wanita Kurus
Wanita yang mempunyai tubuh badan yang kurus perlu mencipta lengkungan pada badan supaya tidak nampak semakin kurus.
Blouse yang sesuai dipakai untuk wanita kurus ialah:
- Blouse berwarna cerah
- Warna yang cerah atau terang cenderung untuk menarik perhatian dan menjadikan anda kelihatan lebih berisi.
- Bagi wanita yang kurus, memakai warna cerah seperti ini membantu untuk cipta ilusi lebar pada badan.
- Mempunyai garis melintang (horizontal)
- Blouse dengan corak garis melintang ini membantu wanita kurus nampak lebar dan menjadikan bentuk badan lebih seimbang.
- Hal ini kerana mata anda akan memandu corak tersebut dari kiri ke kanan dan membuatkan tubuh nampak lebih lebar berbanding saiz asal.
- Corak berkotak yang bersaiz besar
- Corak bersaiz besar seperti ini menjadikan badan anda kelihatan lebih lebar, berisi dan seimbang.
- Corak blouse seperti ini sangat membantu wanita berbadan kurus dan kecil untuk mencipta ilusi lebar pada badan.
- Potongan yang melengkung pada hujung baju
- Blouse dengan potongan melengkung pada hujung baju lebih sesuai dipakai oleh wanita kurus.
- Potongan ini juga memberikan ilusi lengkung dan mengimbangi bahagian atas badan yang langsing.
- Fabrik licin atau permukaan yang berkilat
- Fabrik yang licin atau berkilat memantulkan cahaya dan boleh menjadikan kawasan tubuh kelihatan lebih penuh.
- Rekaan lengan angle sleeve
- Rekaan lengan seperti ini membuatkan lengan dan bahu kelihatan lebih penuh.
- Juga membantu mencipta rupa yang lebih seimbang dengan menambahkan lebar pada bahagian atas badan.
Bagi wanita kurus yang ingin memilih blouse, boleh cari blouse yang ada ciri-ciri seperti di atas.
Pemilihan blouse yang betul membantu wanita kurus untuk mencipta ilusi lebih berisi dan lebar.