Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga.

Amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sudah menjadi aktiviti yang sering dilakukan setiap kali perayaan.

Namun di dalam beraya, perlu diingatkan bahawa masih ada adab atau etika yang perlu diamalkan.

Oleh itu, berikut adalah etika atau adab ketika beraya ke rumah orang.

  1. Maklumkan kehadiran sebelum datang ke rumah tetamu
  • Apabila tiba musim perayaan, anda pastinya akan berkunjung ke rumah jiran, rakan dan juga sanak saudara.
  • Walaupun rumah yang anda ingin kunjung itu adalah rumah kenalan terdekat, anda perlu telefon dan maklumkan terlebih dahulu.
  • Sekiranya tidak berbuat demikian, kemungkinan tuan rumah berada dalam keadaan belum sedia untuk terima tetamu atau tiada di rumah.
  • Tuan rumah juga memerlukan masa untuk membuat persiapan sebelum menerima kehadiran anda.
  • Justeru, elakkan datang ke rumah tetamu secara mengejut sebelum maklumkan kepada tuan rumah.
  1. Elakkan bertanya soalan sensitif
  • Dalam kesibukan menyambut Hari Raya Aidilfitri, anda tidak digalakkan untuk tanya soalan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
  • Antara contoh soalan yang menyentuh sensitiviti seseorang ialah berkaitan dengan zuriat, perkahwinan, rezeki, bentuk badan dan seumpamanya.
  • Tetapi jika berada di dalam situasi yang tidak dapat dielakkan dan pertanyaan tersebut daripada individu yang lebih berusia. Tetapi intonasi suaranya tidak begitu sesuai.
  • Ada dua nasihat yang saya ingin berikan iaitu:
    • Jika kita menerima tetamu, elakkan bertanya soalan yang sensitif kepada tetamu. Sekiranya tidak sengaja tanya soalan tersebut, kita boleh perhatikan riak wajah seseorang itu. Jika beliau tidak bersedia untuk jawab soalan tersebut, kita boleh cepat-cepat ubah kepada soalan lain.
    • Sekiranya menerima soalan begitu daripada orang yang lebih tua, jawab dengan ringkas, berikan senyuman dan terima dengan hati yang terbuka.
  1. Bergaul dengan semua orang ketika beraya
  • Apabila beraya, jangan buat hal sendiri dan hanya bermain media sosial dari tiba ke rumah tetamu hingga pulang ke rumah.
  • Ini dipanggil juga sebagai antisosial kerana tidak bergaul dengan orang lain dan buat hal sendiri sahaja.
  • Ia adalah sikap yang tidak bagus untuk ditunjukkan kepada orang lain.
  • Anda digalakkan untuk bertanya khabar, bergaul mesra dengan saudara-mara, jiran atau tetamu lain yang hadir.
  1. Elakkan membuka aib tuan rumah
  • Apa sahaja yang anda lihat atau dengar di dalam rumah yang anda kunjungi, jangan ceritakan hal yang berlaku kepada orang lain.
  • Anda perlu hormati aib tuan rumah dan menjaga privasi.
  • Elakkan berkata-kata tentang perkara yang sia-sia dan menyampaikan hal yang buruk kepada orang lain.
  • Di hari raya yang mulia ini, anda sepatutnya beramah mesra, saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
  1. Jangan menyusahkan pihak tuan rumah
  • Apabila beraya ke rumah orang lain, tidak digalakkan meminta-minta yang berlebihan kepada tuan rumah.
  • Hormati juga ruang privasi tuan rumah serta tidak meminta tuan rumah sediakan segalanya untuk anda.
  • Jika perut anda sudah terlalu kenyang untuk menjamah makanan yang dihidangkan, anda perlu makan sedikit sebagai tanda rasa hormat kepada tuan rumah.

Jelaslah bahawa penting untuk anda menjaga adab ketika beraya untuk elakkan salah faham atau bermasam muka dengan tuan rumah.

Anda digalakkan untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain dan manfaatkan bulan yang penuh mulia ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jaga diri dan kesihatan ketika beraya dan di mana jua anda berada.

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

1 day lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas