Apakah ciri-ciri pakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja? Bolehkah pakai blouse ke tempat kerja? Sesuaikah pakai jubah ke tempat kerja?
Soalan-soalan di atas antara soalan popular dan sering ditanya untuk mendaptkan kepastian tentang pakaian yang bersesuaian dipakai ke tempat kerja.
Segala soalan di atas akan dijawab dalam penulisan kali ini.
Ciri-Ciri Pakaian Yang Sesuai Ke Tempat kerja
Umumnya pakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja ialah pakaian yang menepati ciri-ciri berikut:
Selain ciri-ciri di atas, anda juga perlu beri perhatian kepada fabrik, perincian, corak, potongan dan warna.
Fabrik
Fabrik ada pelbagai jenis seperti cotton, chiffon, silk, nylon, satin, rayon dan lain-lain.
Ada fabrik yang sesuai dipakai ke tempat kerja dan ada fabrik yang kurang sesuai dipakai.
Sebagai contoh, fabrik cotton atau chiffon sesuai dipakai ke tempat kerja tetapi fabrik seperti lycra tidak sesuai dipakai kerana ia melekap mengikut bentuk badan.
Perincian
Bagi perincian pula, boleh pilih pakaian atau tudung yang mempunyai sulaman atau manik tetapi tidak digalakkan secara berlebihan.
Corak
Corak juga mempunyai pelbagai jenis. Jika anda perlu menghadiri majlis atau situasi yang formal di tempat kerja, sebaiknya pilih corak yang polos atau garis menegak yang halus.
Corak seperti bunga, geometri juga boleh dipakai ke tempat kerja sama ada pakai baju atau tudung.
Potongan
Bagi potongan pula, seharusnya tidak ketat, labuh blouse atau kemeja pula tidak terlalu pendek.
Jika tempat kerja anda perlukan anda pakai pakaian yang formal, boleh pilih warna yang gelap dan sesuai dengan situasi.
Untuk situasi tempat kerja yang tidak formal, kasual atau berada dalam industri kreatif, anda boleh warna apa sahaja yang ingin dipakai.
Cadangan Pakaian Ke Tempat Kerja
Pakaian formal
Pakaian semi formal
Pakaian kasual
Bolehkah Pakai Blouse Ke Tempat Kerja?
Pemakaian blouse di tempat kerja bukanlah sesuatu yang salah.
Ia sudah menjadikan kebiasaan oleh pekerja di sektor swasta selain baju kemeja, baju kurung dan lain-lain.
Sama ada anda pekerja swasta atau awam, anda boleh memakai apa-apa sahaja pakaian selain daripada pakaian tradisional.
Pemakaian blouse ke tempat kerja adalah dibenarkan tetapi perlulah memilih blouse yang betul dan bersesuaian.
Di pasaran ada dua jenis blouse iaitu blouse shirt dan fashionable blouse.
Blouse yang disarankan pakai ke tempat kerja ialah jenis blouse shirt kerana ia mempunyai plaket dan mempunyai rekaan seakan kemeja.
Manakala blouse jenis fashionable ini tidak mempunyai plaket dan tidak disarankan pakai ke tempat kerja.
Namun, ada juga fashionable blouse yang boleh dipakai ke tempat kerja. Tetapi bergantung pada warna, corak dan potongan blouse tersebut.
Sesuaikah Pakai Jubah Ke Tempat Kerja?
Soalan yang paling popular ditanya ialah berkaitan pemakaian jubah ke tempat kerja.
Jubah biasanya dipakai oleh wanita pada hari Jumaat selain baju kurung.
Tetapi adakah ia dibenarkan?
Ada sesetengah tempat kerja membenarkan penggunaan jubah sebagai salah satu pakaian ke tempat kerja tetapi digunakan pada hari Jumaat sahaja.
Tetapi perlu juga pertimbangkan corak, potongan, warna dan fabrik yang bersesuaian dengan situasi bekerja.
Jika tempat kerja anda tidak membenarkan penggunaan jubah, maka anda boleh pilih pakaian lain selain jubah seperti baju kurung.
Pemilihan pakaian ke tempat kerja bergantung juga kepada budaya kerja sesuatu syarikat atau industri tersebut.
Jika anda bekerja di syarikat yang melibatkan banyak urusan dengan orang luar, boleh pilih pakaian yang formal atau semi formal untuk dipakai ke tempat kerja.
Sekiranya anda bekerja di kilang yang memerlukan penggunaan tenaga dan pergerakan yang banyak, pakaian seperti t-shirt berkolar dan seluar lebih sesuai dipakai dengan situasi kerja.
Apakah pakaian yang anda selalu pakai ke tempat kerja? Komen di bawah.
Kasut tumit tinggi merupakan kasut yang selalu dipakai oleh golongan wanita. Walaupun kasut tumit tinggi… Teruskan Membaca
Gincu ialah salah satu produk solekan yang digunakan oleh wanita untuk tampil berseri dan mengelakkan… Teruskan Membaca
Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca