Minyak Wangi

Jenis Minyak Wangi Pada Diri Seseorang

Assalamualaikum cikpuan!

Topik kita pada hari ini adalah berkaitan dengan minyak wangi? Siapa je yang tak suka pada minyak wangi, betul tak?

Ada sampai sesetengah orang tu sanggup beli minyak wangi yang mahal sebab bau minyak wangi tu terlalu wangi dan mungkin design pada botol minyak wangi itu pun cantik dan berkualiti.

Jadi , hari ini kita akan belajar tentang minyak wangi dan kenapa jenama minyak wangi tu walaupun sama dengan orang lain tapi tidak ada bau yang sama seperti orang tu?

Maksud saya , minyak wangi yang sama boleh mempunyai bau yang berbeza apabila dipakai oleh orang yang berbeza.

Kenapa? Cikpuan tahu ataupun tidak kenapa jadi begitu?

Ada beberapa orang yang saya pernah lihat, beli jenama minyak wangi yang sama tetapi bila kawan dia pakai, tidak ada pulak bau wangi seperti kawan dia yang lagi seorang tu gunakan.

Mari kita lihat kenapa minyak wangi yang sama boleh mempunyai bau yang berbeza apabila dipakai oleh orang yang berbeza. 

Buat pengetahuan cikpuan, permukaan kulit setiap orang mempunyai suhu, kelembapan, pH, perpeluhan yang berbeza.

Gabungan kesemua elemen ini memberikan kesan kepada bau minyak wangi yang dipakai.

Selain itu, pemakanan dan perubahan hormon juga mempengaruhi bau minyak wangi yang dipakai kerana kedua-duanya memberi kesan kepada perubahan suhu tubuh.

NOTA: Sekarang cikpuan sudah tahukan kenapa minyak wangi yang sama boleh mempunyai bau yang berbeza apabila dipakai oleh orang yang berbeza? 

Terima Kasih kerana membaca! Semoga bermanfaat buat cikpuan semua 🤗

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

2 months lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

2 months lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas