Bagaimana saya mula aktif menulis…
Ketika saya memutuskan dengan tekad untuk aktif menulis di FB, saya letakkan sasaran yang jelas agar saya komited dengan misi perkongsian #IlmuImej ini.
Sasaran awal saya pada sekitar bulan Mac 2016 ialah capai 20,000 followers pada akhir tahun yang sama. (Ketika itu saya ada 3,000 followers).
Untuk capai followers melalui personal FB tanpa iklan (FB Ads) seperti di fanpage bukan mudah.
Sepanjang tempoh perkongsian Mac sehingga Disember, saya belajar dan mengkaji:
• post atau topik kesukaan pembaca
• bilangan komen untuk sesuatu perkongsian
• bilangan like untuk satu post dalam tempoh seminit
• bilangan mesej (PM) yang saya terima dalam satu tempoh masa selepas post dikongsikan
Kesemua yang di atas memberikan petunjuk agar saya tahu apa yang perlu dikongsikan dengan lebih banyak atau sebaliknya.
NOTA: Bukan populariti yang disasarkan. Bukan viral yang dimahukan.