Puan Mary

Kenapa Self-Love Penting Untuk Seorang Wanita?

Adakah anda tahu bahawa menyayangi diri sendiri adalah sesuatu perkara yang penting?

Betulkah self-love ini penting untuk seorang wanita?

Apakah cara yang boleh dilakukan untuk sayangi diri sendiri?

Sebelum mengetahui cara yang boleh anda lakukan untuk sayangi diri sendiri, anda boleh lakukan test berikut:

– Ambil kertas kosong berserta pensil ataupun pen, juga boleh menggunakan telefon pintar anda untuk tuliskan nama 3 orang yang paling anda sayang di dalam dunia ini.

Jika anda sudah tulis nama tersebut, cuba anda lihat semula. Adakah anda ada tulis nama diri anda sendiri?

Jika tidak, kebiasaannya itu yang akan berlaku.

Di Malaysia khususnya wanita, mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai keutamaan terutamanya apabila mereka sudah menjadi ibu kepada anak-anak, seorang isteri ataupun menjadi seorang wanita berkerjaya.

Kebanyakannya mereka mempunyai fikiran untuk berkorban berbanding memastikan diri mereka sendiri sebagai keutamaan dalam kehidupannya.

Sebenarnya ia menjadi punca yang selama ini wanita banyak memendam sehingga menjadi tertekan, burnout, penat tetapi tidak mampu untuk diluahkan kerana hidup mereka banyak diberikan kepada orang lain tanpa tinggalkan sedikit ruang pun untuk diri sendiri.

Jadi, perkara ini yang perlu anda fikirkan semula supaya anda boleh mengutamakan diri sendiri.

Jika anda letakkan sedikit perhatian kepada diri sendiri, anda akan jadi lebih bersemangat, menjadi wanita yang lebih bagus dan sebagainya.
Apabila anda mula berikan keutamaan kepada diri sendiri, ia tidak bermakna anda mengabaikan orang lain sekeliling anda.

Anda memberikan keutamaan kepada diri sendiri supaya grow to become a better person dan anda boleh memberi servis atau kasih sayang yang lebih baik kepada orang yang anda sayangi.

Jadi bagaimanakah caranya?

Cara untuk menyayangi diri sendiri

1. Teknik 30 minit daripada 24 jam

a. Ambil masa 30 minit daripada 24 jam
– Tetapkan masa 30 minit dalam sehari untuk anda fokus kepada diri sendiri agar rasa lebih baik, segar dan boleh berehat sebentar daripada melakukan perkara untuk orang sekeliling anda.

b. Daripada 30 minit itu tadi, ambil masa 15 minit untuk waktu mandi atau bersiap
– Semasa mandi itu anda perlu fokus kepada diri anda. Abaikan sebentar perkara di luar bilik mandi. Waktu ini adalah waktu yang bagus untuk anda belai diri sendiri dengan menggunakan losen badan yang wangi, pakai gel mandian yang mengingatkan anda bahawa pentingnya menjaga kulit.
– Ramai yang akan berfikir bahawa boleh ke lakukan semua perkara di atas dengan keadaan anak menangis dan sebagainya. Anda perlu ingat bahawa hanya sekejap sahaja masa yang diperlukan untuk manjakan diri. Pastikan anak anda berada di tempat yang selamat. Luangkanlah masa yang anda ada itu untuk diri sendiri.
– Kadang-kadang ramai ibu-ibu dan isteri-isteri yang sibuk dengan segala benda yang berada di persekitaran mereka sehingga mereka tidak ada masa untuk memanjakan diri sendiri. Jadi, waktu 15 minit itu adalah pause time iaitu physical rest, mental rest dan emotional rest.
– Ada wanita yang mempunyai tidur yang cukup tetapi tidak mempunyai mental dan emotional rest yang mencukupi.

c. Baki 15 minit itu anda boleh lakukan untuk berehat bersama keluarga
– Sebagai contoh, anda boleh menikmati teh atau minuman kegemaran sambil memerhati anak-anak sedang bermain.
– Boleh juga lakukan aktiviti riadah di sekitar rumah seperti menanam pokok bunga, membaca buku dan sebagainya. Rehat yang anda lakukan itu bukanlah anda lakukannya secara seorang diri tetapi dalam masa yang sama anda boleh lakukannya bersama keluarga supaya anda tidak kelihatan seperti mengabaikan keluarga.

2. Keluar dari persekitaran yang biasa

a. Anda boleh cuba lakukan perkara ini dalam tempoh 1 minggu atau 2 minggu sekali untuk rehatkan minda anda dengan keluar dari lokasi yang biasa anda berada.
b. Anda boleh pergi melawat tempat yang menarik serta berjalan-jalan dalam tempoh masa 2 ke 3 jam.
c. Luangkan juga masa untuk melawat tempat-tempat baru untuk mendapatkan ketenangan fizikal, emosi, minda dan jiwa.
d. Keluar ke tempat-tempat yang baru juga sebenarnya memberi signal kepada minda bahawa anda sedang meneroka sesuatu yang baru. Jadi, keadaan mental anda akan berbeza.
e. Jadi, anda boleh larikan diri sebentar daripada rutin-ruitn yang biasa. Ini bermakna anda mengambil masa untuk berehat sebentar, bukanlah untuk lari terus daripada rutin yang anda lakukan sebelum ini.
f. Tujuan keluar ke tempat lain adalah supaya anda melakukan kerja yang lebih baik setelah meluangkan masa untuk diri anda sendiri.

3. Cari dan dapatkan ilmu baru

a. Ilmu adalah pintu keluar kepada pelbagai jenis masalah termasuklah dengan masalah yang mungkin anda terperangkap dengan fikiran bahawa anda adalah mangsa kepada sesuatu keadaan ataupun anda berasa letih, penat dan sebagainya.
b. Membaca, menonton video, mendengar podcast ataupun hadir ke program adalah sesuatu perkara yang bagus kerana anda boleh berhubung dengan sesuatu yang baru, mendapat maklumat yang baru dan jumpa cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu.
c. Jangan pernah berhenti belajar. Luangkan masa untuk mempelajari ilmu-ilmu baru.
d. Dapatkan ilmu yang betul bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk memberikan yang terbaik kepada orang di sekeliling anda.

Wanita perlu memberikan fokus kepada diri anda sendiri. Tetapkan diri anda sebagai salah satu orang yang perlu anda sayangi, salah satu keutamaan dalam hidup anda tanpa perlu memikirkan dengan melakukan sebegitu anda mengabaikan orang lain.

Anda mengutamakan diri anda sendiri berbanding orang lain supaya anda boleh memberi yang lebih baik kepada orang yang anda sayang.

Jadi, sayangi diri anda terlebih dahulu dengan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri. Utamakan diri sendiri juga tidak bermaksud anda mengabaikan semua orang di sekeliling anda.

Beri perhatian kepada diri anda dahulu supaya anda boleh memberikan yang terbaik kepada orang yang anda sayangi.

Kongsikan artikel ini kepada orang lain supaya ramai yang mendapat manfaat dan mengetahui cara untuk menyayangi diri sendiri dengan lebih baik.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

24 hours lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas