Kenapa mengenali warna yang sesuai dengan tona kulit dan personaliti PENTING untuk wanita yang bertudung?
Fabrik (tudung) pastinya ada warna. Jumlah fabrik (tudung) yang mengelilingi wajah pula bukan sedikit.
Dalam keadaan ini, warna tudung secara langsung memberikan kesan visual kepada seri wajah.
Tona kulit terbahagi kepada dua iaitu tona dasar kulit (skin undertone) dan tona permukaan kulit (skin overtone).
Tona dasar warna kulit adalah sama ada cool atau warm, manakala tona permukaan kulit adalah warna kulit yang digambarkan melalui kadar cerah atau gelap sesuatu kulit.
Secara umumnya, tona permukaan kulit ini dibahagikan kepada 3 yang utama iaitu cerah (light), sederhana (medium) dan gelap (dark).
Oleh itu, warna tudung yang tidak sesuai dengan tona kulit akan menjadikan wajah kelihatan kusam, pucat, lesu, menjadikan kekurangan (seperti parut, jeragat dan pori-pori besar) pada kulit lebih jelas, nampak sakit dan tidak berseri.
Warna tudung yang sesuai dengan tona kulit menjadikan wajah segar, memudarkan kekurangan pada kulit dan wajah lebih berseri.
Ramai wanita bertudung mempunyai kecenderungan untuk tidak bermekap atau memakai mekap dengan kadar yang minimum.
Apabila anda memilih untuk tidak menambah warna daripada mekap, maka kepentingan memilih warna tudung yang betul menjadi lebih kritikal.
Jika tersalah pilih warna tudung, maka wajah akan tenggelam kerana kalah dengan warna tudung.
Berdasarkan bahasa perunding perunding imej, ini disebut sebagai overwhelming colours.
Warna tersebut boleh kelihatan terlalu menyerlah sehingga ada kemungkinan orang lain akan lebih mengingati warna tudung yang kita pakai berbanding potensi dan prestasi kita dalam kerjaya.
Saya percaya, warna tudung yang serasi dengan tona kulit dan personaliti dapat membantu urusan profesional dan sosial berjalan dengan baik.
Setiap warna secara umumnya mempunyai mesej yang tertentu. Ini dipanggil psikologi warna.
Apabila anda bijak memilih warna tudung yang berpadanan dengan mesej yang ingin disampaikan dalam urusan profesional dan sosial, ia dapat menjimatkan masa untuk menggunakan tutur kata untuk menerangkan mesej warna tersebut. The colours will do the talking for us.
Lebih menarik lagi apabila dipakai warna-warna tudung yang selari dengan mesej yang kita mahu sampaikan secara konsisten, ia boleh menjadi personal brand atau jenama diri yang boleh mempengaruhi cara orang lain mengingati kita dan bisnes atau kerjaya kita.
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca