Sebagai seorang wanita, tidak kira anda seorang yang bekerjaya mahupun suri rumah sepenuh masa, sudah tentu penampilan menjadi satu perkara yang dititikberatkan.
Warna sememangnya memainkan peranan yang besar terhadap wanita daripada tudung hingga ke kasut, semuanya mempunyai warna.
Bukan sahaja untuk menghadiri majlis atau acara khas tertentu anda boleh kelihatan elegant, tetapi dalam penampilan harian juga boleh masukkan elemen elegant.
Di bawah ini adalah pilihan warna yang boleh anda pakai untuk nampak elegant dan classy.
- Hitam
- Warna hitam sememangnya akan membuatkan anda bergaya dan kelihatan klasik apabila dipakai.
- Warna hitam ini sering dikaitkan dengan formaliti, sophisticated, berkuasa, elegance dan misteri.
- Disebabkan itulah, individu yang memakai warna hitam ini akan kelihatan lebih elegant dan eksklusif.
- Warna hitam ini juga adalah warna universal dan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna.
- Di samping itu, warna hitam ini boleh membantu anda untuk sembunyikan bahagian yang anda tidak mahu orang lain lihat seperti bahagian pinggul.
- Pemakaian warna hitam juga boleh memberi ilusi tinggi dan kurus kepada pemakainya.
- Jadi, warna hitam ini sememangnya menjadi pilihan kepada sesiapa sahaja untuk tampil elegant.
Contoh dress berwarna hitam (sumber gambar: yandex.com)
- Kelabu
- Selain warna hitam, warna kelabu juga antara warna yang dilihat sebagai warna yang high-class.
- Dalam psikologi, warna kelabu adalah warna yang halus, bermaruah, elegant dan tenang.
- Manakala, dalam industri fesyen pula, warna kelabu sering menjadi pilihan pereka fesyen.
- Warna ini juga mudah untuk dipadankan dengan warna fesyen yang lain.
- Walaupun tidak ramai yang memakai warna ini, tetapi apabila dipadankan dengan fesyen dan gaya yang betul, ia akan membuatkan anda kelihatann lebih high-class dan elegant.
Warna kelabu juga boleh membuatkan anda tampil lebih elegant (sumber gambar: yandex.com)
- Putih
- Ramai sebenarnya yang tidak berani untuk memakai warna putih dalam kehidupan seharian mereka. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
- Jika ya, mungkin anda boleh cuba memakai warna putih ini kerana warna ini cantik dan kelihatan classy apabila dipakai.
- Seperti yang anda ketahui, warna putih ini dikategorikan sebagai warna yang suci, bersih, damai dan sederhana.
- Sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna putih ini akan kelihatan elegant dan classy terutamanya apabila mengenakan gaun, blouse dan lain-lain.
- Namun, anda perlu memilih warna putih yang bersesuaian dengan tona warna kulit.
- Jika warna putih yang dipilih tidak sesuai dengan tona warna kulit anda, maka anda boleh pilih warna lain yang lebih sesuai untuk tampil elegant.
Warna putih boleh membantu anda untuk kelihatan elegant dan classy (sumber gambar: freepik.com)
- Merah
- Merah adalah warna yang tidak asing lagi dalam dunia warna dan sering dikaitkan dengan wanita elegant.
- Warna merah dianggap luar biasa kerana ia mewakili cinta, tenaga dan kewanitaan.
- Tidak ramai wanita yang berani untuk memakai warna merah. Tetapi jika anda memakainya, anda akan lebih menonjol dan menyerlah berbanding orang lain.
- Sebagai contoh, dalam majlis atau acara tertentu, penggunaan gaun atau baju berwarna merah yang dipakai akan membuatkan anda nampak lebih elegant.
- Walaupun merah adalah warna yang dianggap klasik, namun ia adalah warna yang berani dan nampak bergaya apabila dipakai.
- Jika anda tidak mahu kerlihatan terlalu menonjol dan menjadi perhatian ramai, anda boleh memilih warna merah yang tidak terlalu terang dan memadankannya dengan perhiasan yang ringkas.
Warna merah sudah tidak asing lagi dengan elemen elegant (sumber gambar: yandex.com)
- Navy blue
- Warna ini dikategorikan sebagai warna biru yang gelap. Namun ia sememangnya kelihatan classy apabila dipakai.
- Navy blue ini sangat cantik apabila dipadankan dengan warna fesyen yang lain.
- Tanpa mengira tona warna kulit anda sama ada gelap ataupun cerah, warna ini menjadi pilihan terbaik untuk nampak lebih rapi, kemas dan bergaya.
- Warna navy blue ini sangat cantik dan sesuai untuk dipadankan dengan warna seperti Dark Gold, Light Blue, ataupun Mustard.
Dress atau gaun Navy Blue yang dipakai akan menyerlahkan lagi elemen classy (sumber gambar: pinterest)
- Warna Pastel
- Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya warna pastel juga merupakan warna yang boleh membuatkan anda tampil elegant dan classy.
- Contoh warna pastel seperti warna Mauve, Baby Blue, Soft Pink, Light Blue dan sebagainya.
- Semua warna pastel ini apabila dipakai akan menyampaikan mesej seperti tenang dan segar.
- Warna pastel ini juga mampu meningkatkan tahap feminin seorang wanita.
- Di samping itu, pemilihan gaya pakaian yang betul akan berikan lagi kesan elegant tanpa mengira usia.
- Sesiapa sahaja boleh memakai warna pastel yang cantik ini!
Warna pastel sesuai digunakan tanpa mengira usia (sumber gambar: yandex.com)
- Beige
- Beige juga antara warna yang popular ketika ini. Ia adalah warna dalam kategori warm atau dipanggil juga sebagai warna bumi.
- Tidak seperti warna lain, warna ini sesuai digabungkan dengan tona kulit anda.
- Pemakaian warna ini akan menjadikan anda kelihatan lebih lembut, sopan, mesra dan feminin.
Antara warna yang popular dan menambahkan elemen feminin untuk wanita (sumber gambar: yandex.com)
- Khaki
- Khaki juga merupakan salah satu daripada warna bumi dan warna ini juga menjadi pilihan lain yang popular untuk tampil elegant dan classy.
- Warna khaki kelihatan eksklusif apabila dipadankan dengan aksesori dengan gaya yang betul.
Warna khaki antara warna yang cantik dan eksklusif (sumber gambar: pinterest)
Bukan sahaja warna neutral seperti putih, hitam, kelabu, navy blue boleh membuatkan anda untuk kelihatan elegant dan classy, tetapi warna fesyen yang lain seperti merah, pastel, khaki dan beige juga boleh menjadi pilihan.
Jika anda ingin tampil lebih elegant, classy dan bergaya, boleh cuba memakai warna yang dicadangkan dengan menambah aksesori lain.
Warna yang dinyatakan bukan sahaja sesuai untuk acara khas atau majlis tertentu, malahan boleh juga dipakai secara harian untuk ke tempat kerja.
Namun, warna dan pakaian yang dipilih itu janganlah terlalu menonjol sehingga mengganggu perhatian pekerja lain.
Anda boleh memilih pakaian yang sederhana tetapi nampak elegant.