Kategori: Puan Mary

Keutamaan Vitamin C untuk Kulit

Sekiranya cikpuan adalah salah seorang pengikut saya di facebook maka cikpuan akan mengetahui bahawa saya sering menitikberatkan keperluan serum di dalam rutin harian penjagaan kulit.
Saya tahu bahawa ada banyak jenis serum di pasaran. Namun jika ditanya apakah serum yang perlu digunakan oleh semua wanita, jawapan jujur saya ialah serum vitamin C.

Apakah yang vitamin C lakukan apabila disapu pada kulit?

Vitamin C mengandungi anti-oksidan
Pernahkah cikpuan melihat potongan buah epal yang segar menjadi lebam atau kelihatan layu setelah ditinggalkan di atas meja untuk beberapa jam?
Itu lah proses oksidasi di mana udara dan radikal bebas bertindak balas seperti udara dan air. Proses ini telah menyebabkan buah epal tersebut menjadi rosak.
Maka secara kesimpulan, proses oksidasi secara semulajadinya telah dan akan merosakkan sel kulit kita.
Disini lah kepentingan vitamin C terserlah.
Vitamin C mengandungi anti-oksidan yang tinggi.
Sapuan vitamin C pada kulit akan membaiki dan memperbaharui sel kulit.
Fungsi inilah yang menyebabkan saya dapat rasai kulit saya lebih “hidup” walaupun jadual kerja saya padat dan sibuk.

Vitamin C merangsang penghasilan kolagen
Kolagen terhasil secara semulajadi dalam kulit. Fungsi utama kolagen ialah mengikat sel-sel kulit. Tanpa kolagen yang mencukupi, kulit wajah mudah kendur dan berkedut.
Vitamin C yang meresap ke dalam kulit akan memberi rangsangan agar lebih banyak kolagen dihasilkan.
Kesannya, kulit rasa lebih anjal, tegang dan garis-garis halus pada wajah menjadi semakin pudar.

Vitamin C mencerahkan kulit
Vitamin C juga sebenarnya agen peluntur semulajadi. Sapuan serum vitamin C memudarkan bekas jerawat, tompok-tompok gelap pada kulit, pigmentasi dan lingkaran gelap bawah mata.
Apabila memakai serum vitamin C, bukanlah kulit wajah akan menjadi cerah atau putih melepak.
Ianya lebih berfungsi memberikan seri kepada kulit kerana tona cerah semulajadi kulit kelihatan lebih sekata.

Mula rawat kulit anda dari dalam. Dapatkan serum Vitamin C anda segera!

Lihat Komen

Share

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas