glowwe

Kulit Breakout Selepas Memakai Serum Niacinamide? Ini Penyebab Dan Cara Mengatasinya!

Niacinamide sesuai hampir untuk semua jenis kulit, tetapi sekiranya kulit anda memberikan reaksi negatif terhadap Niacinamide, kemungkinan perkara di bawah ini adalah punca:

1) Dos Niacinamide yang tinggi eg. 10%

2) Menggunakan Niacinamide dos tinggi bersama bahan aktif lain yang juga mempunyai dos yang tinggi.

3) Kulit tidak sensitif terhadap Niacinamide tetapi sensitif terhadap bahan lain di dalam produk tersebut,

contohnya, The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%. Zinc kemungkinan adalah punca kulit anda beri reaksi negatif terhadap produk ini.

4) Kulit anda tidak menyukai bahan ini.

=======================================================

Sekiranya perkara ini berlaku, #glowwe mencadangkan untuk:

1) Menggunakan produk yang mengandungi Niacinamide dos rendah iaitu 2-5%.

2) Sekiranya memakai bahan aktif lain yang mempunyai dos tinggi, selang-selikan penggunaan kedua-dua bahan ini,

contohnya, Niacinamide 10% pada sebelah siang, pure Vitamin C (L-ascorbic acid) pada sebelah malam.

3) Semak senarai bahan dan sekiranya terdapat bahan lain selain niacinamide yang berpotensi beri iritasi kepada kulit anda, elakkan sahaja produk tersebut.

4) Sekiranya kulit tidak sesuai dengan bahan ini, jangan khuatir, anda boleh pilih bahan alternatif lain yang juga bagus seperti Niacinamide seperti Alpha Arbutin, Vitamin C, Hyaluronic Acid, Licorice Root Extract, Kojic Acid dan banyak lagi.

Semoga membantu.

Lihat Komen

  • Assalamualaikum Puan Mary.
    Kulit saya asalnya normal tapi disebabkan pernah pakai produk yang salah, kulit saya jadi sangat sensitif pada persekitaran dan produk² semua. Baru ni saya ada pakai essence jenama olay yang mengandungi niacinamide, tak sampai 2hari pakai terus jadi irritation. Saya nak tahu kalau itu kesan sampingan yang normal bagi penggunaan niacinamide ini & akan kembalikan kulit asal atau saya perlu berhenti pakai?

Share

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

1 day lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas