Lipstick! Haa, masih adakah wanita yang tidak pernah menggunakan lipstick? Jika ada katakan sekarang kenapaaaa??? 😂😂😂
Lipstick mempunyai pelbagai jenis. Ada lipstick jenis matte, glossy dan juga balm. Kebanyakan wanita menyukai lipstick berbentuk matte kerana teksturnya lebih tahan lama berbanding jenis lain.
Tetapi terlalu banyak lambakan jenama produk lipmatte di drugstore sekarang yang membuatkan para wanita juga banyak mengeluarkan wang 😂.
Video kali ini saya ingin bawakan sedikit kelainan. Saya dan beberapa jemputan akan mencuba beberapa lipstick yang berbentuk matte dan semuanya adalah daripada drugstore dan seterusnya kami telah memberi pandangan yang jujur mengenai tekstur, bau, ketahanan dan juga adakah ia berbaloi untuk dibeli dan dipakai secara harian.
Jika cikpuan adalah peminat lipstick drugstore dan ingin mengetahui lipstick manakah yang lebih bagus, review ini perlu ditonton, tetapi jika cikpuan bukan peminat lipstick, saya yakin video ini masih perlu ditonton kerana selepas ini kalau nak beli lipstick mesti teringat-ingat review kami ini 🥰.
Selamat menonton!
💖 Produk di dalam video:
➡️SilkyGirl Gen Matte Lip Cream 02 Mauve Mallow
Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a1387f
➡️Maybeline Superstay Matte Ink: Lover
Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a1387g
➡️L’oreal Rouge Signature:121
Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a1387h
➡️ IN2IT Liquid Matte Lipstick VM05
Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a1387i