Assalamualaikum cikpuan❤️

Semalam saya baru selesai membaca buku berkaitan solekan oleh Make-Up Artist terkenal antarabangsa iaitu Bobby Brown.

Pada satu bahagian buku beliau, beliau kongsikan tentang teknik memilih warna lipstik atau gincu.

Prinsip yang beliau tekankan dalam memilih lipstik ialah:

1) Pilih warna lipstik yang sehampir mungkin dengan warna bibir semulajadi.

2) Warna lipstik yang cantik dipakai ketika wajah tiada solekan ialah warna lipstik yang paling bagus.

3) Warna lipstik yang bagus tidak bertentangan dengan warna bibir asal, sebaliknya memperbaiki (enhance) warna bibir yang asal.

4) Hanya apabila wajah bersolek, warna lipstik boleh ditambah dengan memilih yang lebih pekat atau yang lebih terang.

Bobby Brown banyak menekankan konsep natural, neutral dan minimal dalam bukunya ini. Saya juga amat suka kata-kata Bobby Brown seperti berikut:

“I believe that all women are pretty without makeup – and can be pretty powerful with the right makeup.” – Bobby Brown.