Kategori: Puan Mary

Mencuci Muka Biasa Sahaja Sudah Memadai? Kenapa perlu exfoliator?

Ada banyak produk exfoliator di pasaran. Lain jenama memiliki fungsi yang berbeza. Tapi adakah cikpuan tahu kenapa perlu lakukan exfoliation? Bukankah mencuci muka dengan pencuci muka biasa setiap hari sudah memadai?

E – Exfoliation (Pengelupasan)

▪️Exfoliation bermaksud pengelupasan. Exfoliation ialah proses menanggalkan sel kulit mati dari lapisan luar kulit.

▪️Secara semulajadinya, apabila sel kulit baru tumbuh di dasar kulit, sel kulit mati pada permukaan kulit akan tanggal dengan sendirinya.

▪️Namun, semakin usia manusia bertambah, proses pertumbuhan semula sel kulit baru dan penanggalan sel kulit mati juga menjadi semakin perlahan.

▪️Ini mengakibatkan sel kulit mati mula berkumpul dengan banyak di permukaan kulit lalu menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar dan kering.

▪️Tambahan pula, pengumpulan sel-sel kulit mati ini juga boleh mengakibatkan pengumpulan lebihan minyak dan liang-liang kulit juga mudah tersumbat. Keadaan begini dengan mudahnya menyebabkan cela dan jerawat muncul.

▪️Exfoliation dengan produk dan cara yang betul dapat menanggalkan sel-sel kulit mati yang dan memberi laluan kepada sel-sel yang lebih muda dan segar menyerlah pada permukaan kulit.

▪️Apabila sel-sel kulit yang lebih sihat dan segar tidak dihalang oleh sel-sel kulit mati, nutrien pada produk kulit yang digunakan boleh menembusi kulit dengan lebih dalam dan kesan baiknya pada kesihatan sel-sel kulit akan meningkat.

▪️Memang benar bahawa exfoliation menjadikan lapisan kulit semakin sihat, mulus dan cantik. Namun exfoliation yang tidak dilakukan dengan betul, boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

▪️Sekiranya mahu melakukan exfoliation, adalah mustahak untuk melakukannya dengan lembut, selamat dan tidak keterlaluan.

▪️Ini bertujuan untuk memelihara struktur kulit agar tidak rosak lalu menyebabkan kemerahan, pedih atau menjadi punca tumbuhnya jerawat.

▪️Pakar-pakar kulit menyarankan penggunaan exfoliator sekerap dua kali seminggu. Penggunaan setiap hari adalah tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit.

Artikel Terkini

Tiga Gaya Blouse Untuk Tampil Lebih Manis

Pemilihan pakaian yang selesa ialah kunci utama untuk bergaya kasual dan santai. Blouse ialah pilihan… Teruskan Membaca

7 days lepas

4 Jenis Potongan Kaki Seluar

Memilih seluar panjang yang sesuai dengan bentuk badan ialah kunci utama untuk kelihatan kemas, bergaya,… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Pilih Inner Tudung Wanita

Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Kenapa Perlu Tukar Cadar Dan Sarung Bantal Dengan Kerap?

Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca

1 month lepas

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

2 months lepas