PADANAN WARNA RAYA 2020. Kali ini saya kongsikan 15 pilihan warna yang pasti padan dengan warna-warna yang menjadi pilihan ramai ketika hari raya. Pastinya diantara cikpuan dan tuan ramai yang bertanya warna hijau sebaiknya dipadan dengan warna apa? Baju warna maroon sebaiknya dipadankan dengan tudung warna apa? Baju warna hijau, tudung warna apa? Baju warna biru, tudung warna apa? Bagaimana cara match/matching warna baju dan tudung? Dan lainnya.
Di post ini, saya kongsikan beberapa cadangan warna baju raya 2020 ini. Semoga cikpuan dan keluarga tampil lebih menarik, berkeyakinan dan elegan di pagi raya selepas mengetahui dan mempraktikkan ilmu padanan ini.
NOTA: Kongsikan dengan SHARE link website ini kepada kenalan cikpuan agar lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini.
Untuk padanan Warna dan Baju Tudung Raya terbaru tahun 2021, silakan klik di sini> Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2021
1. Padanan Warna Baju dan Tudung
Red (merah) + Orange, Mustard,Cobalt
2. Padanan Warna Baju dan Tudung
Sky Blue(Biru Langit) + Taupe, Cyan, Maroon
3. Padanan Warna Baju dan Tudung
Celadon Green (Hijau celadon) + Bronze, Salmon, Peach Orange
4. Padanan Warna Baju dan Tudung
Brown (coklat) + Spring wood, casper, blueberry
5. Padanan Warna Baju dan Tudung
Mustard + Emerald, Cranberry, Dark Navy Blue
6. Padanan Warna Baju Tudung
Winter White (Putih Winter) + Gunmeta, Cobalt, Acid green
7. Padanan Warna Baju dan Tudung
Olive(olive) + Bone, Orange, Light Aqua
8. Padanan Warna Baju dan Tudung
Raisin + Beige, ORange, Gold
9. Padanan Warna Baju dan Tudung
Sapphire (Biru Sapphire) + Black/Hitam, Eggshell, Cobalt
10. Padanan Warna Baju dan Tudung
Burgundy + Soft Peach, Puce, Crown Thorns
11. Padanan Warna Baju dan Tudung
Dusty Purple + Salt Box, Mystic, Schist
12. Padanan Warna Baju dan Tudung
Provence + Contessa, Metalic Blue, Celery
13. Padanan Warna Baju dan Tudung
Monument + Aluminium, Dark Sky Blue, Burnished Brown
14. Padanan Warna Baju dan Tudung
Turquoise + Tradewind, William, Smoky Violet
15. Padanan Warna Baju dan Tudung
Baby Blue + Pigeon Post, Spindle, Powder Blue
Untuk padanan Warna dan Baju Tudung Raya terbaru tahun 2021, silakan klik di sini> Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2021
Terima kasih
Sama-sama 🙂
Puan Mary…
Jabatan Saya akan mengadakan Sambutan Hari Akedemia. Temanya adalah Vibrant Red
Nak tanya baju Vibrant Red nak kena maching dengan tudung warna apa.. adakah tudung bawal atau shawl dan adakan tudung berkenaan bercorak atau plain atau bersulam.
Mohon pendapat Puan…Terima Kasih..
Saya cadangkan untuk padankan warna baju tersebut dengan warna Beige, Pastel Pink ataupun warna Nude. Bagi pilihan tudung, Cikpuan boleh memilih jenis tudung mengikut keselesaan Cikpuan. Jika baju bercorak, Cikpuan boleh pilih warna tudung yang kosong dan jika baju kosong, boleh padankan dengan tudung bercorak, kosong ataupun bersulam.
Hi puan mary..
Saya akan menghadiri majlis konvokesyen dan diarahkan untuk memakai tudung berwarna pilus (turquoise).. Warna baju mcm mana yang sesuai untuk matching dengan tudung turquoise tu selain warna hitam?
Hi Cikpuan. Saya cadangkan untuk Cikpuan memilih warna seperti Sea Green, Khaki, Teal ataupun Dark Puce.
Puan mary..kalau baju dusty peach sesuai tudung warna apa?
Boleh padankan dengan warna seperti Navy Blue, Salmon, Bronze ataupun warna Nude.
Puan Mary, baju kurung saya warna royal blue dan kain nya pink susu. Warna tudung apa yg sesuai dipakai? Terima kasih.
Saya cadangkan untuk Cikpuan memilih warna tudung seperti warna silver, baby blue ataupun warna nude
Wrn baju navy blue selain drp wrn yg sama putih,bby blue wrn soft purple msk tak puan?
Boleh, tiada masalah.
Puan Mary,kalau baju kurung warna smokey blue,tudung warna apa yang sesuai? Terima kasih
Boleh gunakan warna seprti Nude, Beige ataupun pilih tona warna tudung yang lebih cerah atau sedikit gelap yang lebih kurang dengan warna baju Cikpuan.
Salam puan mary. Klau baju wrna nude utk tdung wrna apa ye yang sesuai ? Terima kasih
Waalaikumussalam. Boleh padankan dengan warna seperti Dark Brown, Fine Blue, Ecru White ataupun Demure Pink.
Hi puan mary . Nk ty utk baju kurung wrna nude tudung warna apa yg sesuai ? Terima kasih
Hi, boleh padankan dengan warna seperti Dark Brown, Fine Blue, Ecru White ataupun Demure Pink.
Pn mary..saya xtahu nak padankan tudung warna apa untuk baju warna claret..
Boleh padankan dengan tudung berwarna Beige, Soft Pink ataupun Ivory.
Salam puanmary saya nk tanya baju saya warna blue grey padanan tudung apa yg sesuai dgn tudung saya.Harap puanmary dapat membantu saya terima kasih
Waalaikumussalam, boleh padankan dengan tudung berwarna Beige, Soft Pink ataupun Midnight Blue.
salam puan mary, saya beli baju kurung warna mint, plain. sesuai beli tudung warna apa ye? terima kasih
Boleh padankan dengan tudung warna putih, nude sand, beige, silver, dark green ataupun grey.
Puan Mary, sy nk tanya kalau bju wrna gold, sesuai dipadankan dengan tudung warna apa ya..?
Jika baju Cikpuan adalah kosong (plain), boleh padankan dengan warna seperti warna Soft Brown, Silver, Grey ataupun Maroon. Jika baju Cikpuan ada corak atau perincian tertentu, boleh pilih warna berdasarkan corak atau perincian pada baju tersebut.
pn mary, nak tanya..kalau baju warna smokey green, tudung warna apa yang sesuai ye.? saya buntu. harap dapat bantuan dari puan mary
Jika baju yang dipakai itu tidak mempunyai corak dan kosong, boleh padankan dengan warna seperti Cream, Ivory, White, Light Grey, Nude ataupun Light Lavender.
Hai pn Mary utk baju dusty green bunga2 sesuai dipadankan dengan Tudung warna apa?
Boleh padankan dengan warna yang ada pada corak bunga tersebut. Ataupun boleh juga padankan dengan warna seperti Beige, Putih atau Emerald Green.
Hi puan mary ,boleh tolong saya padanan tudung untuk baju kurung warna brick red ,burgundy /marroon masuk x ?
Boleh padankan dengan warna tudung seperti Champagne, Baby Pink atau Dark Gold.
Hi Puan Mary, boleh tolong suggest warna tudung bagi baju warna dark magenta?
Hai, saya cadangkan untuk padankan dengan warna dusty purple, nude, soft brown, putih, cream atau soft yellow.
Kalau baju smokey green tudung boleh warna apa eh???
Boleh padankan dengan tudung warna Nude, Emerald Green, Cream atau Putih.
Hi Pn. Maria..Kalau baju smokey green tudung boleh warna apa eh???
Boleh padankan dengan tudung warna Nude, Emerald Green, Cream atau Putih.
Puan Mary, nak tanya tudung warna apa sesuai utk baju peach keorenan?
Saya cadangkan untuk padankan dengan warna seperti Pastel Red, Light Orange, Off White atau Light Green.
Assalamualaikum Pn Mary, if baju color wine, tudung sesuai color apa?
Waalaikumussalam. Boleh padankan dengan warna seperti Blush Pink, Bone, Celadon, Light Grey, Gold, atau Champagne.
Kalau baju saya baby blue, tudung warna apa yg sesuai. Terima kasih.
Antara warna yang sesuai dipadankan bersama adalah Navy Blue, Grey, Beige, Ivory, Gold atau White.
Anak saya nak kahwin..tema pelamin gold.pengantin pakai warna putih gold.
Mak pengantin sesuai tak warna nude?
Jika sesuai tudung warna apa pulak..aduh la.pening emaknya
Sesuai. Boleh padankan dengan tudung seperti warna Putih, Dark Brown, Lilac, atau Pastel Pink.
Hi puan Mary,
Nanti akan ada majlis konvo, kalau tudung warna cream, baju sesuai warna apa ye ?
Terima kasih 🩷
Boleh padankan dengan baju seperti warna Maroon, Sage Green, Baby Blue atau Lilac.