Siapa diantara cikpuan yang mengalami masalah selepas mencuci rambut , rambut cikpuan akan jadi kusut? Apakah tips untuk penjagaan rambut? Apakah produk untuk penjagaan rambut cikpuan?

Bagi saya, saya akan mengamalkan sikat rambut (dalam keadaan kering) setiap kali sebelum saya mencuci rambut dengan syampu.

Apabila rambut disikat sebelum dibasah dan disyampu, kekotoran dan kelemumur yang melekat pada helaian rambut boleh menjadi longgar dan lebih mudah melerai apabila rambut dibersihkan.

Rambut-rambut yang gugur juga boleh dileraikan daripada kulit kepala dan dilepaskan daripada terikat sesama rambut.

Apabila disikat, minyak semulajadi (sebum) yang berada pada kulit kepala juga boleh disebarkan pada setiap helaian rambut. Keadaan ini memudahkan proses pembersihan rambut dan kulit kepala.

Sikat yang digunakan seeloknya mempunyai gigi yang ada jarak yang agak besar di antaranya.

Sikat perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang ya… Kerana rambut adalah mahkota wanita! 👑