Puan Mary

Paras Seluar Panjang Yang Sesuai Untuk Wanita

Berdasarkan trend pemakaian seluar ketika ini, ada segelintir golongan wanita yang suka memakai seluar di atas had buku lali. Golongan yang selalu mengikuti trend fesyen seperti ini adalah golongan muda.

Ia tidak menjadi masalah untuk anda pakai tetapi bergantung juga kepada situasi dan tempat. Namun, sebaiknya adalah elakkan pakai seluar yang singkat di atas buku lali terutamanya ke tempat kerja.

Bagi situasi dan tujuan untuk ke tempat kerja, paras seluar panjang yang boleh dipakai atau sesuai untuk suasana profesional perlu mematuhi kriteria seperti berikut:

1) Hanya sebahagian daripada bahagian depan kasut yang dipakai dengan seluar tersebut kelihatan.

Sebaiknya bahagian depan seluar menutupi kaki apabila berada dalam keadaan berdiri (tidak bergerak).

2) Bahagian hujung sebelah belakang seluar sebaiknya menutupi separuh tumit kasut.

Seluar yang dipakai juga tidaklah melebihi dan menutupi tumit kasut yang dipakai.

Apabila anda memakai seluar yang labuh, ia akan membuatkan seluar yang dipakai meleret ke bawah dan menyukarkan pergerakan anda.

 

3) Pastikan seluar tidak ketat

Seluar yang dipakai untuk tujuan profesional tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk kaki, betis, paha dan seumpamanya.

Apabila anda memakai seluar yang ketat, ia tidak kelihatan profesional dan seperti pergi ke acara yang lebih kasual.

Pastikan ada ruang yang selesa di antara fabrik seluar dan kulit kaki.

4) Pilih warna seluar yang betul

Bagi seluar panjang untuk situasi formal, anda digalakkan memilih warna gelap seperti hitam, perang gelap, biru navy atau kelabu gelap terutamanya bagi wanita yang berbadan gempal.

Warna neutral seperti perang muda (seperti gambar) digalakkan untuk wanita berangka kecil.

 

Panjang seluar yang sesuai untuk wanita seharusnya berada dalam keadaan yang tidak terlalu labuh dan berada di atas buku lali.

Pastikan juga seluar yang dipilih tidak ketat supaya mudahkan pergerakan untuk melakukan aktiviti harian.

Anda juga perlu pastikan seluar yang dipilih sesuai dengan situasi sama ada ke tempat kerja, temu duga ataupun aktiviti santai.

Artikel Terkini

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

1 week lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

1 month lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

2 months lepas