Kategori: Puan Mary

Program Imej Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri

Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan bengkel imej untuk isteri-isteri menteri dan timbalan menteri di dalam Kursus Gemilang Sahsiah Isteri Menteri dan Timbalan Menteri.

Saya pernah meletakkan sasaran dan memasang impian bahawa suatu hari nanti, isteri Perdana Menteri akan menjadi peserta program imej kendalian saya.

Allah Maha Mendengar. Impian saya ini dimakbulkan. Bukan sekadar itu, isteri semua menteri dan timbalan menteri menghadiri program imej kendalian saya tempoh hari.

Tun Siti Hasmah adalah peserta yang duduk paling depan sepanjang bengkel berlangsung.

Berbunga hati ini. Tuhan sahaja yang tahu.

Terdapat 44 peserta yang menyertai bengkel ini dan di antaranya adalah:

▪️ Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri
▪️ Puan Betty Chew Gek Cheng, isteri Menteri Kewangan
▪️ Puan Hjh. Normah Alwi, isteri Menteri Pertahanan
▪️ Dr. Hamidah Mat, isteri Menteri Pendidikan
▪️ Datin Seri Shamshida Taharin, isteri Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Sepanjang bengkel saya memberi penekanan kepada peserta berkenaan imej yang perlu ditampilkan bersesuaian dengan status mereka sebagai isteri kepada Menteri dan Timbalan Menteri.

Terima kasih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) atas kepercayaan yang diberikan.

Share

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas