Puan Mary

Punca Wanita Sering Tiada Baju Nak Pakai Walaupun Almari Penuh Dengan Pakaian

Kebanyakan wanita sering alami masalah tiada baju yang ingin dipakai walaupun sebenarnya mempunyai bilangan pakaian yang banyak di dalam almari.

Bukan anda sahaja yang mengalami hal yang sama, saya juga pernah berada di dalam situasi itu.

Bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan ada banyak pilihan pakaian di dalam almari anda?

Antara salah satu punca masalah ini berlaku disebabkan oleh tabiat membeli-belah anda yang tidak terkawal.

Sebelum anda membeli sesuatu pakaian itu, anda perlu berfikir beberapa perkara terlebih dahulu seperti:

  • Adakah anda membeli sesuatu pakaian itu disebabkan jenama atau kualitinya?
  • Adakah anda membeli pakaian yang sama berulang kali walaupun sudah ada banyak koleksi?
  • Adakah anda cuba terlebih dahulu sebelum beli atau terus beli tanpa mencubanya?
  • Atau adakah anda pergi ke kedai tanpa membuat perancangan awal apa yang hendak dibeli?

Jika anda tidak menilai perkara seperti di atas, akan menyebabkan pembaziran dan masalah yang sama akan berlaku secara berulang kali.

Di bawah ini antara punca yang menyebabkan anda sering berkata tiada baju hendak dipakai.

  1. Almari tidak disusun dengan kemas
  • Masalah seperti tiada baju hendak dipakai ini berpunca daripada almari yang tidak disusun dengan kemas dan teratur.
  • Apabila anda tidak menyusunnya dengan kemas, anda tidak akan nampak baju yang selalu dan tidak pernah dipakai.
  • Lama-kelamaan baju yang tidak dipakai itu berada lama di dalam almari sudah pun dilupakan kerana tidak nampak di depan mata.
  • Jadi pakaian haruslah disangkut dan disusun dengan kemas supaya anda tidak cenderung membeli warna dan corak yang hampir sama.
  • Tujuan menyangkut baju ini adalah supaya anda boleh melihat baju yang jarang dipakai dan memakainya secara bergilir-gilir dengan baju yang lain.

  1. Tabiat menyimpan baju lama
  • Sudah pasti anda mempunyai baju yang lama dan sudah tidak dipakai lagi disebabkan oleh tidak muat saiz, rekaan yang outdated atau sudah lusuh.
  • Walaupun begitu, masih ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat menyimpan baju lama disebabkan oleh kenangan (sentimental value), walaupun sudah tidak boleh dipakai.
  • Tabiat menyimpan baju atau pakaian yang lama ini akan menyebabkan almari baju anda penuh dengan pakaian yang tidak dipakai.
  • Apa yang boleh dilakukan pada pakaian yang lama itu ialah dengan membuat pengasingan. Baju yang tidak muat saiz dan keadaannya masih elok, anda boleh asingkan dan sedekah kepada orang lain.
  • Sekiranya pakaian yang disimpan itu sudah tidak boleh digunakan lagi, boleh hantar pakaian itu ke tempat kitar semula.

  1. Berharap baju tersebut boleh dipakai semula
  • Apabila anda mempunyai baju yang sudah tidak boleh dipakai lagi disebabkan oleh saiz badan yang sudah berubah, anda perlu asingkan dan beri kepada orang lain.
  • Jika anda berharap akan dapat memakai semula baju atau pakaian tersebut, ia hanya akan memenuhkan lagi almari pakaian anda.
  • Almari yang penuh dengan pakaian saiz yang lama akan menimbulkan masalah tiada baju ingin dipakai.
  • Walaupun baju penuh di dalam almari pakaian, anda masih tiada baju yang ingin dipakai disebabkan banyak koleksi baju dengan saiz yang lama.
  • Anda tidak perlu menyimpan hasrat untuk memakai baju tersebut semula kerana akan memenuhkan lagi ruang di dalam almari.
  • Boleh berikan pakaian yang tidak muat itu kepada adik-beradik, saudara-mara atau kenalan rapat supaya tidak membazir begitu sahaja.

  1. Cenderung beli corak atau warna yang sama
  • Perkara yang selalu dilakukan oleh wanita apabila membeli sesuatu pakaian itu adalah cenderung memilih corak atau corak yang sama.
  • Kadang kala mungkin tidak perasan yang sebenarnya warna itu sudah ada di rumah. Tetapi kecenderungan untuk membeli warna yang sama atau hampir sama itu tinggi disebabkan oleh minat terhadap warna tertentu.
  • Apabila anda membeli pakaian dengan corak dan warna hampir sama, anda akan lihat ia satu warna yang sama.
  • Disebabkan itu, anda selalu berhadapan dengan masalah tiada baju yang hendak dipakai.
  • Bagi atasi masalah ini, anda perlu elakkan beli warna yang sama atau corak yang hampir sama dengan baju yang sedia ada.

  1. Mempunyai hobi suka membeli (shopaholic)
  • Hobi yang suka membeli-belah tanpa membuat perancangan perlu dielakkan.
  • Walaupun anda sudah ada banyak pakaian di rumah, tetapi sikap suka membeli-belah ini membuatkan anda sering rasa tiada baju hendak pakai.
  • Ada sesetengah individu juga memberikan alasan tiada baju untuk pergi ke majlis tertentu, semata-mata untuk membeli baju yang baru.
  • Walaupun mereka tahu di rumah sudah ada banyak baju, tetapi disebabkan sikap dan hobinya suka membeli-belah, maka koleksi baju di rumahnya juga bertambah.
  • Hobi suka membeli belah ini perlu dikurangkan supaya tidak berlaku banyak pembaziran dan perlu beli baju atau pakaian apabila perlu sahaja.

Masalah tiada pakaian yang ingin dipakai bukanlah satu perkara yang baru bagi wanita.

Bagi mengatasi masalah ini, anda mestilah memilih pakaian dengan warna dan corak berbeza supaya mempunyai pilihan yang pelbagai serta tidak berlaku pembaziran.

Selain itu, pastikan juga anda kemas almari pakaian dengan teratur, kurangkan tabiat menyimpan baju lama serta hobi suka membeli-belah.

Artikel Terkini

Tip Pilih Aksesori Untuk Nampak Eksklusif

Wanita dengan aksesori memang tidak dapat dipisahkan. Aksesori adalah pelengkap kepada gaya. Aksesori ini termasuklah… Teruskan Membaca

6 days lepas

Cara Tingkatkan Kemahiran Berkomunikasi

Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian. Apabila ingin berhubung dengan orang lain, sudah pasti anda… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Gelang Tangan Wanita: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Gelang tangan adalah salah satu aksesori popular yang dipakai oleh wanita dari dulu hingga kini.… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Pilih Blouse Untuk Wanita Kurus

Kadang kala memiliki tubuh yang kurus juga menjadi cabaran ketika memilih pakaian. Pemilihan pakaian yang… Teruskan Membaca

1 month lepas

6 Kombinasi Warna Eksklusif Dan Mahal

Adakah untuk nampak eksklusif dan mahal perlu beli pakaian yang berjenama dan mahal sahaja? Adakalanya… Teruskan Membaca

2 months lepas