Celine Dion sebenarnya tidak pandai berbahasa Inggeris. Pada usia 14 tahun, Celine adalah penyanyi muda yang sangat terkenal di negara asalnya, Kanada. Anak bongsu daripada 14 adik beradik ini mempunyai cita-cita tinggi untuk ke pentas antarabangsa.
Untuk mencapai sasaran itu, beliau sedar beliau perlu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bagaimana beliau mahu memenangi hati peminat jika bahasa penyampaian yang akan menusuk ke hati dan difahami jiwa pendengarnya tidak sama? Itu yang bermain di fikirannya.
Ketika umurnya 15 tahun, beliau mula belajar menguasai Bahasa Inggeris dengan gigih di École Berlitz. Mengikut laporan media, beliau mengambil masa hampir 2 tahun untuk menjadi Celine yang baru, Celine yang boleh berbahasa Inggeris.
Yang lebih menarik, ketika melancarkan album Inggeris pertama beliau bertajuk Unison pada tahun 1990, beliau dikritik hebat kerana sebutan bahasa Inggerisnya yang pelik dan kurang meyakinkan.
Namun beliau terus belajar dan tidak kalah dengan kritikan.
Sekiranya beliau berputus asa ketika dikritik pada album pertama, pastinya beliau tidak akan berjaya menghasilkan 25 album studio, 7 album live, 17 album kompilasi dan memenangi lebih 90 anugerah antarabangsa atas pencapaian beliau.
Kerja keras, sentiasa belajar dan mempunyai sikap tidak mudah mengalah adalah resepi kejayaan yang perlu ada pada setiap wanita.
Anda belajar sesuatu?
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca