Kategori: Puan Mary

Suka Pakai Warna Purple? Ini 5 Tip Menggayakan Warna Purple Dalam Penampilan Anda

Sebut sahaja warna purple atau ungu, sudah pasti ramai wanita menggemarinya. Warna purple mempunyai pelbagai tona. Ada warna purple yang cerah, terang dan ada purple yang pekat atau gelap.

Sama ada warna itu gelap atau cerah, sudah  pasti ada mesej atau psikologi disebalik warna yang dipilih.

Dari sudut pandang seorang perunding imej seperti saya, warna ungu mewarisi sifat tenaga warna merah dan sifat tenang wana biru.

Hal ini dikatakan demikian kerana untuk menghasilkan warna ungu, memerlukan campuran warna merah dan biru.

Warna ungu ini membawa mesej seperti:

  • Menenangkan
  • Kreatif
  • Canggih
  • Feminin
  • Eksklusif

Ada warna ungu yang sesuai dengan tona dasar kulit cool, ada pula warna ungu yang sesuai dengan tona dasar kulit warm.

Ada juga warna ungu yang sesuai dipakai oleh kedua-dua jenis tona warna kulit.

Jadi bagaimana cara hendak bergaya dengan baju atau pakaian warna ungu ini? Saya kongsikannya di bawah.

Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk variasikan penggunaan warna ungu ini dalam gaya dan penampilan anda. Antaranya ialah:

  1. Gayakan warna ungu yang sesuai dengan tona dasar kulit
  • Pemilihan warna ungu untuk digayakan dalam penampilan boleh dipilih berdasarkan tona dasar warna kulit iaitu cool atau warm.
  • Ada warna ungu yang sesuai dipakai oleh tona dasar kulit cool dan ada warna ungu yang sesuai dipakai oleh tona dasar kulit warm.
  • Apabila anda salah pilih warna dan tidak sesuai dengan tona dasar kulit, wajah akan kelihatan  kusam dan tidak bermaya.
  • Sebelum memilih warna ungu yang ingin dipakai, perlu kenal dahulu tona dasar kulit anda sama ada cool atau warm.
  • Cara untuk tahu warna ungu itu adalah cool dan warm mudah sahaja. Warna ungu yang cool akan ada impact warna kebiru-biruan, manakala warna ungu yang warm mempunyai impact kekuning-kuningan sedikit.
  • Tetapi cara terbaik untuk kenal pasti tona dasar kulit ialah dengan dapatkan konsultasi warna daripada perunding imej yang bertauliah.
  • Jika sudah tahu tona dasar kulit, lebih mudah untuk anda pilih warna yang sesuai dipakai.
  • Contoh warna ungu yang sesuai dipakai untuk tona dasar kulit cool ialah Lavender, Light Purple, Lilac dan lain-lain.
  • Warna ungu yang sesuai dipakai untuk tona dasar kulit warm pula ialah Red Violet, Deep Violet, Grape dan lain-lain.

Contoh warna cool (kiri) dan contoh warna warm (kanan)

  1. Gunakan teknik padanan warna monokromatik
  • Teknik monokromatik ialah teknik padanan yang paling asas untuk suai padankan warna.
  • Cara menggunakan teknik ini ialah dengan menggabungkan warna yang berada di dalam keluarga warna yang sama.
  • Sebagai contoh, boleh padankan warna baju dark purple dengan tudung warna light purple.
  • Jika anda mempunyai bentuk badan pear atau apple, sebaiknya pilih warna yang cerah di bahagian atas badan untuk diberi perhatian berbanding bahagian tengah dan bawah badan.
  • Kelebihan teknik ini ialah menghasilkan padanan yang harmoni, membuatkan anda kelihatan lebih versatile dan elegan.
  • Kesan menggunakan teknik ini juga akan memberikan ilusi ketinggian kerana tona warna yang dipakai itu tidak mempunyai perbezaan yang begitu ketara.
  • Warna yang gelap juga boleh membantu untuk menyembunyikan bahagian yang ketara lebar.

  1. Pilih warna ungu bercorak
  • Satu lagi cara untuk bergaya dalam penampilan anda adalah dengan cara gayakan warna ungu yang bercorak.
  • Jika sudah selalu pakai baju yang kosong tanpa sebarang corak, boleh cuba pula pakai pakaian berwarna ungu yang mempunyai corak.
  • Anda boleh pilih sama ada baju dengan corak ungu atau baju bercorak tetapi dengan latar belakang warna ungu.
  • Ada pelbagai jenis corak yang boleh dipilih untuk dipakai. Antara corak yang biasa digunakan pada pakaian atau tudung ialah stripes, plaid, floral, geometric dan seumpamanya.
  • Corak juga ada yang sesuai dipakai untuk situasi formal seperti stripes dan corak selaiannya lebih sesuai dipakai untuk situasi kasual.
  • Apabila memilih corak, anda boleh juga pilih berdasarkan gaya dan personaliti.
  • Individu yang mempunyai personaliti natural dan klasik lebih gemar memilih corak yang ringkas.
  • Manakala individu yang mempunyai personaliti romantik lebih suka corak floral dan dramatik pula sukakan corak dan warna yang menarik perhatian.

  1. Tambahkan aksesori
  • Pakaian atau busana anda tidak akan lengkap jika tiada aksesori. Anda boleh tambahkan aksesori dalam penampilan anda.
  • Umumnya, aksesori ini termasuklah gelang tangan, subang, cincin, jam tangan, rantai dan brooch tudung.
  • Tetapi untuk wanita yang bertudung, aksesori yang paling jelas kelihatan apabila dipakai ialah cincin, gelang tangan, jam tangan dan brooch tudung.
  • Apabila anda memakai pakaian atau busana warna ungu, boleh padankan dengan aksesori yang berwarna silver atau gold.
  • Jika anda memakai pakaian dengan warna ungu yang warm, aksesori warna gold lebih sesuai dipakai.
  • Sebaliknya jika anda pakai pakaian dengan warna ungu yang cool, aksesori berwarna silver adalah lebih sesuai dipakai.
  • Pastikan juga anda memakai aksesori itu dengan jumlah yang mencukupi, saiz yang betul, tidak berlebihan dan sesuai dengan acara yang dihadiri.

  1. Suai padankan dengan warna neutral
  • Selain padankan dengan warna fesyen yang lain, warna ungu juga sesuai dipadankan dengan warna neutral.
  • Apa itu warna neutral? Warna neutral ini adalah antara warna yang sesuai dipakai oleh semua jenis tona warna kulit sama ada cool atau warm.
  • Warna neutral ini terdiri daripada 5 warna yang utama iaitu hitam, putih, kelabu, coklat dan biru navy.
  • Contohnya, jika anda memakai baju kurung atau blaus berwarna light purple, boleh padankan dengan warna soft brown atau putih.
  • Cara padanan warna ini sangat mudah untuk anda gayakan dan boleh disesuaikan mengikut keadaan.

Selain tip yang dinyatakan di atas, anda juga boleh padankan warna ungu dengan warna fesyen yang lain.

Boleh pilih warna yang sesuai dengan tona dasar warna kulit, pilih mengikut warna kesukaan atau berdasarkan gaya dan personaliti anda.

Ingin tahu cadangan warna yang sesuai dipadankan dengan warna ungu? Boleh baca di sini https://puanmary.com/padanan-warna-yang-sesuai-dengan-purple/

Warna apa lagi yang anda nak saya kongsikan untuk artikel yang seterusnya? Boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Artikel Terkini

Tip Pilih Aksesori Untuk Nampak Eksklusif

Wanita dengan aksesori memang tidak dapat dipisahkan. Aksesori adalah pelengkap kepada gaya. Aksesori ini termasuklah… Teruskan Membaca

4 days lepas

Cara Tingkatkan Kemahiran Berkomunikasi

Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian. Apabila ingin berhubung dengan orang lain, sudah pasti anda… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Gelang Tangan Wanita: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Gelang tangan adalah salah satu aksesori popular yang dipakai oleh wanita dari dulu hingga kini.… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Pilih Blouse Untuk Wanita Kurus

Kadang kala memiliki tubuh yang kurus juga menjadi cabaran ketika memilih pakaian. Pemilihan pakaian yang… Teruskan Membaca

1 month lepas

6 Kombinasi Warna Eksklusif Dan Mahal

Adakah untuk nampak eksklusif dan mahal perlu beli pakaian yang berjenama dan mahal sahaja? Adakalanya… Teruskan Membaca

2 months lepas