Teknik 5S ini amat berguna untuk diaplikasi dalam situasi pertemuan profesional seperti di awal sesi temuduga, di dalam acara networking profesional atau sebelum mesyuarat dengan klien bermula.
1. S = STAND UP
Apabila mahu memperkenalkan diri pada awal pertemuan, berdirilah dengan baik. Posisi berdiri menghadap orang yang ditemui adalah tanda kita menerima (acknowledge) kehadiran orang yang berada di hadapan kita.
Berikan eye-contact ketika berdiri. Elakkan daripada memegang alat seperti pen atau dokumen.
2. S = SMILE
Berikan senyuman apabila bertemu di awal perkenalan. Riak wajah perlulah mesra menandakan perasaan yang senang apabila bertemu dengan kenalan baru.
Senyuman yang genuine adalah apabila mata juga seakan senyum bersama. 🙂
3. S = SAY
Ketika senyum dilontar, bibir segera mengucapkan salam lalu nama diri disebut dengan jelas. Ucapan ini perlu diberikan dengan lancar dengan intonasi yang menyenangkan.
Contoh ucapan pada peringkat ini adalah: “Salam perkenalan. Saya Puan Mary.”
4. S = SHAKE HAND
Ketika kita perkenalkan diri, salam segera dihulur dan bersalamlah dengan kemas.
Salam yang baik bukan bermakna menekan tangan orang lain dengan kuat. Mencukupi apabila seluruh tapak tangan kita digenggam penuh oleh tangan yang menerima.
5. S = SAY
Sebelum salam dilepaskan, sebut pula kata-kata penghargaan yang menunjukkan kita amat gembira bertemu dengan kenalan baru tersebut.
Contoh ucapan pada peringkat ini adalah: “Sangat gembira dalam berkenalan dengan orang yang hebat seperti tuan/puan” atau “Nice meeting you“.
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca