Bentuk teko yang berbeza sebenarnya amat berkait rapat dengan sifat semulajadi daun teh dan biji kopi.

Daun teh sifatnya mengembang apabila direndam di dalam air panas dan daun teh akan kekal terapung sepanjang proses rendaman ini.

Sifat mengembang ini memerlukan ruang yang lebar untuk berlaku dengan sempurna. Maka teko bulat, rendah dan lebar diperlukan.

Sifat biji kopi pula melarut di dalam air panas dan keladak kopi pula akan berbaki di dasar teko.

Sifat melarut ini memerlukan ruang yang tinggi untuk berlaku dengan sempurna. Maka teko yang tinggi dan langsing diperlukan.

Maka, teko A adalah untuk teh dan teko B ialah untuk kopi.

Walaupun zaman ini penggunaan teko mengikut jenis minuman mungkin kurang relevan (kerana pelbagai jenis minuman 3-in-1 mudah diperolehi), namun pengetahuan teko ini masih elok untuk difahami dan tetap molek untuk diamalkan.

NOTA: Apabila datang ke rumah saya nanti, lihat teko sudah tahu minuman yang saya hidangkan ya?

#PuanMary #GuruImej #EtikaSantuniTetamu