Jam tangan adalah salah satu perhiasan yang biasa dipakai dalam aktiviti seharian dan bertujuan untuk menunjukkan masa atau waktu.
Walaupun ada individu yang mengatakan bahawa jam tangan sudah tidak relevan untuk dipakai ketika ini kerana jam boleh dilihat pada telefon pintar, tetapi sebenarnya jam tangan masih lagi relavan untuk dipakai mengikut situasi ataupun majlis.
Namun, adakah anda tahu bahawa jam tangan juga mempunyai tip atau cara yang betul untuk memilih dan membelinya?
Oleh itu, dalam artikel ini akan menjelaskan tentang tip atau cara untuk membeli jam tangan yang sesuai dan boleh memaksimumkan pelaburan yang anda letakkan pada jam tersebut.
Tip ini juga sesuai untuk wanita dan juga lelaki yang ingin memilih jam tangan mengikut saiz yang betul.
Apabila anda ingin membeli jam tangan, semua jam tangan itu akan kelihatan cantik. Tetapi, tidak semua jam tangan yang ada di pasaran itu bersesuaian dengan tangan anda.
Cara atau tip yang anda boleh lakukan sebelum memilih jam tangan adalah seperti berikut:
1. Kenal pasti lebar pergelangan tangan
Cara pertama apabila anda hendak memilih jam tangan adalah dengan melihat lebar pergelangan tangan terlebih dahulu. Jika anda ingin memilih jam tangan, jam tangan itu mestilah terletak elok di pergelangan tangan anda supaya ia tidak kelihatan terlalu berat ataupun tidak terlalu ringan untuk dibawa.
Walaupun jam tangan itu murah tetapi jika anda pandai memilih saiz yang betul mengikut lebar pergelangan tangan anda, ia akan kelihatan eksklusif apabila dipakai.
Cara untuk mengukur kelebaran tangan:
2. Padankan warna aksesori sama dengan warna jam tangan
Tip lain untuk wanita memakai jam tangan supaya kelihatan eksklusif adalah dengan memadankan ia bersama aksesori yang sama warna.
Sebagai contoh, jika anda memakai jam tangan berwarna silver, anda boleh padankan ia dengan cincin dan gelang tangan yang mempunyai rona warna yang sama iaitu silver. Apabila dipadankan bersama, ia akan kelihatan eksklusif dan mahal.
Satu lagi tip apabila anda memakai jam tangan berwarna silver, anda juga boleh padankan dengan aksesori mutiara yang berwarna putih. Warna putih dan silver itu apabila dipadankan akan kelihatan lebih menyerlah.
Selain itu, jika anda memakai jam tangan berwarna rose gold, anda boleh padankan ia dengan cincin dan gelang tangan yang mempunyai rona warna yang sama iaitu rose gold.
Seterusnya, jika anda memakai jam tangan berwarna gold, anda boleh padankan ia dengan cincin dan gelang tangan yang mempunyai rona warna yang sama iaitu gold.
Pemakaian jam tangan yang berwarna rose gold juga boleh dipadankan dengan warna gold kerana mempunyai sifat rona warna yang tidak jauh beza.
3. Jenis jam tangan
Terdapat banyak jenis jam yang berada di pasaran ketika ini. Antaranya ialah jam sukan (sport watch), jam digital, jam analog dan sebagainya. Jam yang paling universal adalah jam yang diperbuat daripada logam (metal) dan ia sesuai digunakan dalam pelbagai situasi kecuali bersukan.
Untuk jam bersukan, ia adalah jam yang sedikit baru di dalam dunia jam. Dahulu jam sukan agak besar dan material jam itu tidak sama seperti jam sukan yang berada di pasaran ketika ini.
Namun kini, sudah ada pilihan jam sukan yang sesuai untuk dibawa ke tempat kerja. Terdapat sport watch yang pada asalnya jam untuk bersukan tetapi boleh diubah interface jam itu seperti jam analog dan tali jam juga boleh ditukar. Jam sukan seperti itu bertujuan untuk disesuaikan mengikut acara ataupun situasi yang akan anda hadiri.
Jika anda tidak suka akan jam sukan yang boleh ditukar-tukar dan tidak cenderung untuk memilihnya, anda boleh memilih jam yang bertali dan bersesuaian dengan semua situasi. Anda juga boleh memilih jam tangan yang bertali logam (metal) dan simple seperti warna coklat, merah untuk situasi yang kasual.
Apabila anda memahami acara atau situasi yang anda akan hadiri, anda boleh membeli ataupun mendapatkan jam yang bersesuaian dengan anda.
Ada individu yang setia pada satu jam tangan sahaja dan boleh dipakai untuk semua situasi.
Ada juga individu yang membeli pelbagai jenis jam tangan kerana gemar bertukar-tukar jam mengikut situasi. Kedua-duanya tidak menjadi kesalahan.
Perkara yang paling penting adalah jam tangan yang dipilih itu.
Jika anda suka memakai satu jam tangan sahaja, maka pilihlah jam yang bersifat universal dan jika anda suka memiliki pelbagai jenis jam tangan, maka pilihlah mengikut situasi dan acara yang bersesuaian.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih jam tangan yang bersesuaian dengan tangan anda berdasarkan situasi tertentu sama ada situasi formal ataupun kasual.
Kongsikan artikel ini kepada yang lain untuk sama-sama mendapat manfaat.
Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca