Kategori: Puan Mary

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang berbeza, pemilihan tona mengikut warna kulit, gabungan warna fesyen serta penggunaan elemen bercorak, warna putih dapat memberikan penampilan yang lebih menarik dan bergaya.

Terdapat beberapa cara yang boleh menggayakan warna putih agar penampilan kelihatan lebih cantik, anggun dan serasi dengan tona warna tersebut.

1. Padankan Warna Putih Dengan Fabrik Berbeza

• Contoh, fabrik cotton berwarna putih boleh digabungkan dengan fabrik lace putih yang diletakkan pada bahagian tertentu seperti lengan, hujung baju atau bahu bagi memberikan sentuhan yang elegan.

2. Padankan Warna Putih Dengan Tona Warna Kulit

• Warna putih mempunyai pelbagai jenis tona termasuk tona yang bersifat sejuk (cool) dan tona yang bersifat hangat (warm).
• Sekiranya anda memiliki tona kulit cool, pilih warna putih cool manakala bagi kulit bertona warm digalakkan memilih warna putih warm agar penampilan lebih serasi dan harmoni.

3. Padankan Warna Putih Dengan Warna Fesyen

• Warna putih tergolong dalam kategori warna neutral dan sesuai dipadankan dengan warna seperti biru, merah, kuning dan jingga.
• Pilihan warna pastel atau warna terang boleh dipadankan dengan warna putih supaya dapat menghasilkan kombinasi warna yang bersesuaian.

4. Padankan Warna Putih Dengan Elemen Bercorak

• Anda digalakkan untuk memilih pakaian berwarna putih yang mempunyai corak seperti bunga, geometri atau garis-garis bagi menambahkan keunikan pada penampilan anda.
• Warna putih merupakan warna neutral jika dipadankan dengan corak yang mengandungi pelbagai tona warna, mampu memberikan penampilan yang lebih menonjol dan menarik.

Pemilihan dan padanan warna putih yang tepat, sama ada melalui jenis fabrik, kesesuaian dengan tona kulit, gabungan warna fesyen atau penambahan elemen bercorak, dapat menghasilkan penampilan yang bukan sahaja cantik dan anggun malah memancarkan gaya yang lebih moden dan memikat perhatian orang ramai.

Share

Artikel Terkini

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

5 Jenis Seluar Yang Sesuai Dengan Wanita Berbadan Ruler

Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca

1 month lepas

6 Jenis Sikat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

2 months lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

2 months lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

3 months lepas