Puan Mary

Tip Memilih Pakaian Yang Selesa Dan Cantik Di Rumah

Memakai pakaian yang cantik di rumah adalah sangat digalakkan kerana ada yang sudah terbiasa dan terperangkap dengan konsep apabila hendak keluar ke rumah barulah memakai pakaian yang cantik-cantik. Prinsip seperti itu adalah tidak baik untuk diamalkan.

Dalam artikel kali ini akan dikongsikan tentang tip memilih pakaian yang selesa dan cantik untuk anda pakai di rumah.

Apabila berbincang tentang pakaian yang cantik, bergaya di rumah, golongan wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak khususnya merasakan ia satu perkara yang menyusahkan.

Tujuan artikel ini juga adalah untuk mengubah corak pemikiran anda kepada yang lebih baik.

Definisi cantik di rumah, sudah tentu ia tidak boleh lari dengan konsep selesa. Anda tidak seharusnya membayangkan bercantik-cantik di rumah ini seperti mana ingin pergi ke tempat kerja ataupun keluar bercuti dan sebagainya.

Konsep selesa ini mempunyai tahap keselesaan yang tersendiri. Jika tahap keselesaan yang anda pegang itu menyebabkan anda mempunyai cara berfikir yang pakai sahaja apa yang ada di rumah, itu adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan.

Walaupun rumah hanya tempat untuk berehat, bersantai dan sebagainya, tetapi pemilihan pakaian yang cantik dan selesa juga perlu diberi perhatian.

Sebenarnya memupuk diri sendiri untuk memakai pakaian yang cantik dan selesa ini adalah salah satu cara untuk sayangi diri sendiri.

Betulkan mindset (fikiran)

Memakai pakaian yang selesa dan cantik di rumah, akan nampak terurus. Ia adalah satu bentuk tabiat untuk membina keyakinan diri serta menunjukkan anda sayang pada diri sendiri.

Apabila anda duduk di rumah bersama keluarga, suami, anak-anak ataupun bersama rakan-rakan yang menyewa dalam satu rumah yang sama, pandangan mereka adalah penting terutamanya kepada anak-anak kerana apa yang mereka lihat, itulah yang mereka akan ikut atau lakukan.

Suami anda yang melihat anda juga ada gaya pandangnya yang tersendiri seperti pandangan kasih sayang.

Kepentingan memakai pakaian yang sesuai di rumah adalah dapat membentuk tabiat yang konsisten.

Ini bermaksud, konsisten di luar dan dalam rumah itu dinamakan sebagai true image kerana anda kosnsisten menjaga penampilan di dalam dan luar rumah.

Semua pakaian yang elok, lawa dan selesa boleh dipakai di rumah. Tetapi, ia berbalik kepada personaliti anda. Melalui personaliti anda, anda akan memilih design pakaian yang bersesuaian.

Berikut adalah design pakaian yang boleh ada di rumah untuk pakaian tidur untuk anda yang baru balik dari tempat kerja.

Contohnya, ada orang akan memakai pyjamas, simple tshirt & pants ataupun menukar pakaian lain ketika hendak tidur kepada night dress.

Jenis baju tidur pyjamas

Semua jenis pakaian tidur ini datang daripada pelbagai jenis personaliti.

Jika anda mempunyai personaliti yang romantik dan seorang yang memang mempunyai kategori pakaian khusus apabila berada di rumah, ia tidak menjadi masalah dan sangat digalakkan. Kebiasaannya, individu yang romantik ini akan memakai night dress ketika hendak tidur.

Contoh night dress

Kebiasaannya, untuk anda yang natural sifatnya, anda akan lebih memilih pakaian yang mudah dan simple. Wanita begini lebih suka memakai t-shirt dan pants sahaja.

Shirt and pants

Tetapi, perlu diingatkan bahawa sentiasa menukar baju tersebut sekiranya sudah lusuh, kotor dan sebaginya. Jangan bawa pakaian yang tidak bersih itu untuk dibawa tidur.

Sebenarnya, jika anda hendak tahu, baju juga ada expired date sama seperti makanan. Ia merujuk kepada rupa, potongan dan keadaan baju itu yang menunjukkan ia tidak lagi sesuai untuk dipakai.

Mungkin baju itu masih muat untuk dipakai, tetapi perlu dilihat keadaan keseluruhan baju itu sama ada ia masih boleh digunakan lagi ataupun tidak.

Selain itu, blouse yang sleeveless atau lengan pendek juga sesuai dipakai di rumah. Tetapi, jika ada tetamu datang, anda boleh sediakan jaket atau cardigan yang sesuai untuk dipakai bagi menutupi bahagian lengan yang terdedah itu.

Baju jenis ini juga sesuai dipakai ketika di rumah

Pakaian lain yang boleh dinilai untuk dipakai di dalam rumah adalah dress. Ada orang yang mempunyai personaliti tertentu, memang suka memakai dress ataupun midi dress (labuh baju yang bawah sikit daripada bahagian lutut).

Contoh midi dress

Baju kelawar juga boleh dipakai. Seperti mana t-shirt dan pants, anda perlu melihat keadaan baju kelawar tersebut sama ada boleh digunakan lagi ataupun tidak.

Sekiranya baju tersebut sudah ada lubang-lubang halus dan sebagainya, anda disarankan untuk tidak menggunakannya lagi dan beli sahaja baju yang baru.

Baju kelawar yang sudah lusuh perlulah ditukar kepada baju yang lain

Anda perlu tahu apabila memakai pakaian, ia ada hadnya yang tersendiri terutamanya untuk wanita yang sangat menitikberatkan tentang pandangan pasangan terhadap dirinya ketika di rumah.

Semua jenis pakaian yang dinyatakan di atas, ada dua aspek yang perlu anda beri perhatian.

Aspek pertama adalah fabrik. Fabrik di rumah ini kebiasaannya orang akan memilih cotton, ataupun memilih fabrik satin untuk kelihatan lawa. Ada juga suka memilih lace.

Anda juga digalakkan untuk memilih fabrik yang selesa dan tidak merengsakan kulit seperti fabrik yang diperbuat daripada bamboo. Fabrik jenis ini akan rasa warm ketika sejuk dan ketika panas ia tidak rasa tebal dan breathable.

Ada juga fabrik linen, polyester ataupun silk (sutera). Penggunaan fabrik ini juga bergantung kepada kemampuan masing-masing. Perkara yang paling penting untuk memilih fabrik ini adalah sesuai dengan keadaan semasa anda memakainya dengan aktiviti yang dilakukan di rumah.

Contoh fabrik

Aspek kedua pula adalah potongan. Apabila anda ingin memilih baju atau pakaian di rumah, sememangnya anda ingin kelihatan lawa dan cantik. Bukan sahaja lawa tetapi ingin juga kelihatan kemas.

Anda perlu memilih potongan pakaian mengikut bentuk badan. Anda juga perlu memahami bentuk badan anda sama ada bentuk pear, apple, cone, ruler ataupun hourglass. Semua bentuk ini adalah potongan tertentu yang sesuai dipakai. Jangan pakai pakaian ikut suka sahaja walaupun anda berada di rumah.

Perlu perhatikan bentuk badan anda terlebih dahalu sebelum memilih pakaian yang ingin dipakai ketika di rumah.

Pilih baju yang sesuai dengan bentuk badan

Adalah wajar untuk anda mempertimbangkan cara anda menampilkan diri di rumah. Bukanlah perlu kelihatan terlebih lawa, tetapi anda perlu naikkan satu tahap supaya lebih proper, rapi dan kemas.

Anda boleh mulakan dengan dua helai pakaian yang baru dahulu untuk dipakai ketika berada di rumah. Prinsip yang harus diingat adalah selesa dan cantik.

Anda perlu kelihatan cantik bukan sahaja di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Dalam masa yang sama, bina tabiat yang konsisten di mana sahaja anda berada. Melalui cara itu, anda akan menjadi contoh kepada isi rumah termasuklah anak-anak yang melihat cara anda berpakaian.

Jadi, anda sudah tahu pakaian yang boleh dipakai ketika di dalam rumah. Boleh amalkan tip ini dan kongsikan juga kepada yang lain.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terkini

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas

Perlukah Wanita Bergaya Di Rumah?

Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca

2 months lepas