Warna

Tip Pakai Warna Merah

Warna merah adalah warna yang bersifat terang, cerah dan menarik perhatian. Seperti mana warna yang lain, merah juga mempunyai tona warna dengan tahap kepekatan yang pelbagai.

Artikel kali ini akan dikongsikan tip untuk pakai warna merah dengan lebih elegan, bergaya dan cantik dalam satu-satu penampilan.

  1. Pilih warna merah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan
  • Setiap warna mempunyai pelbagai mesej dan maksud yang berbeza untuk disampaikan, begitu juga dengan warna merah.
  • Warna merah terang atau menonjol seperti True Red, Red Chili menyampaikan mesej seperti bersemangat, berani, kuat dan menarik perhatian.
  • Manakala warna merah yang sedikit gelap seperti Maroon, Burgundy pula membawa msesj seperti sofistikated, keyakinan dan bersungguh-sungguh.

  1. Memakai warna merah di bahagian atas (top)
  • Tip seterusnya ini sesuai untuk wanita yang berbadan pear. Hal ini kerana, wanita berbadan bentuk pear ini mempunyai ukuran pinggul yang lebih lebar bebanding ukuran bahu dan dada.
  • Apabila bahagian atas badan sudah diberi tumpuan, maka bahagian yang lebar dapat diselindungkan dengan baik.
  • Contohnya, anda boleh memakai tudung warna merah yang cerah seperti Light Coral, Salmon untuk dipadankan dengan baju yang gelap.
  • Bukan tudung sahaja boleh menjadi titik tumpu, tetapi blaus dan t-shirt warna merah juga boleh jadi titik tumpu.
  • Sebagai contoh, blaus warna maroon yang mempunyai perincian tertentu pada bahagian lengan atau bahu juga boleh menjadi perhatian.

  1. Memilih warna merah di bahagian bawah (bottom)
  • Jika anda mempunyai bahagian bahu yang agak lebar di bahagian atas badan, tip ini sesuai untuk anda. Hal ini kerana, tip ini dapat selindungkan bahagian yang sudah sedia lebar itu.
  • Tidak ramai wanita yang mempunyai bentuk badan seperti kon atau inverted triangle ini.
  • Biasanya wanita yang mempunyai bentuk badan sebegini ialah atlet atau ahli sukan yang banyak menggunakan bahagian atas badan.
  • Disebabkan itulah teknik ini sesuai untuk mereka.
  • Anda boleh pakai seluar atau skirt berwarna merah untuk wujudkan titik tumpu di bahagian bawah berbanding bahagian atas badan.

  1. Jaket atau blazer merah
  • Bagi anda yang ingin memakai pakaian warna merah, boleh juga gayakan dengan jaket atau blazer.
  • Blazer biasanya dipakai untuk situasi atau majlis yang lebih formal berbanding dengan jaket yang sifatnya lebih santai.
  • Contohnya, boleh pakai blazer warna merah untuk ke acara atau majlis tertentu yang bukan formal akan membuatkan anda tampil lebih elegan dan menyerlah.
  • Jika ingin memakai jaket berwarna merah pula, boleh suai padankan baju di dalamnya dengan warna hitam, putih beige dan lain-lain.

  1. Pilih pakaian merah yang bercorak
  • Tip ini sesuai untuk anda yang ingin memakai warna merah tetapi tidak mahu kelihatan terlalu cerah dan terang.
  • Terdapat pelbagai pilihan corak yang boleh dipilih. Antaranya ialah floral, geometri, checkered dan lain-lain.
  • Untuk anda yang mahu kelihatan feminin, boleh pilih corak floral dengan latar belakang warna merah yang tidak terlalu cerah.
  • Kebiasaannya baju yang bercorak merah ini warnanya tidak begitu terang dan menonjol.

Jelaslah bahawa warna merah boleh digayakan dengan fesyen yang pelbagai mengikut keselesaan, kesesuaian, gaya dan personaliti  anda.

Sekiranya anda ada sebarang soalan berkaitan warna merah, boleh kongsikan di ruangan komen.

Artikel Terkini

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

1 day lepas

Tip Mengurus Almari Pakaian

Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Berpakaian Untuk Nampak Kemas & Profesional

Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Cara Memastikan Beg Tangan Kemas & Terurus

Beg tangan ialah salah satu aksesori wanita yang penting kerana digunakan untuk menyimpan pelbagai barang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Kekalkan Warna Pakaian Supaya Tidak Cepat Luntur

Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna… Teruskan Membaca

1 month lepas