Wanita di Malaysia secara spesifiknya dan wanita Asia secara umumnya adalah wanita yang mempunyai tubuh badan ataupun ketinggian yang sederhana rendah. Majoriti daripada kita mempunyai tubuh badan yang kecil.
Kadangkala, apabila berada dalam keadaan yang mempunyai tubuh badan yang kecil bukan seperti model yang tinggi lampai, semestinya anda ingin mengetahui apakah cara bergaya yang terbaik dan sesuai untuk wanita yang bertubuh rendah dan bagaimana ingin kelihatan tinggi, kurus ataupun berisi.
Perkara yang paling penting adalah bagaimana pakaian tersebut sesuai dengan ketinggian anda.
Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan tentang tip pemilihan pakaian untuk wanita yang rendah.
Kategori rendah terutamanya di Malaysia adalah di bawah ketinggian 155cm. Jika anda berada di bawah ketinggian itu, ia dikategorikan sebagai wanita yang bertubuh rendah.
Untuk anda yang rendah, ada cara berpakaian tertentu yang mampu memberikan kesan visual tertentu kepada anda.
Kata kuncinya adalah visual effect (kesan visual). Kesan visual ini bermaksud anda nampak ia rendah tetapi anda tidak rasa ia rendah.
Situasi untuk wanita rendah ini ada 2 kategori iaitu:
1. Gaya yang perlu anda elakkan
Memakai terlalu banyak warna
o Warna yang terlalu banyak akan membuatkan anda kelihatan penuh dan full pada satu-satu penampilan.
o Digalakkan untuk menggunakan dua warna utama bagi ketinggian di bawah 155cm. Jika ingin menggunakan 3 warna, satu warna perlu kelihatan minimal atau sedikit sahaja.
o Sebagai contoh, tudung warna purple, baju dan seluar berwarna putih ataupun seluar bewarna kelabu yang blend in dengan warna putih.
o Penggunaan dua warna utama sahaja bagi membantu penampilan agar kelihatan tidak banyak pecahan. Jika banyak pecahan, anda akan kelihatan lagi rendah.
Memakai terlalu banyak corak
o Corak yang terlalu banyak akan menyebabkan anda kelihatan terlalu sarat.
o Anda disarankan untuk memilih satu corak utama sahaja sama ada floral, bergaris dan lain-lain.
o Anda juga boleh memakai dua corak tetapi perlu ada satu corak yang utama dan yang lagi satu perlu minimal coraknya. Corak ada pelbagai seperti geometri, floral, animated (gambar kartun). Kosong juga dikira sebagai corak.
Elakkan memakai terlalu banyak perincian
o Perincian ini termasuk juga ropol-ropol, riben dan lain-lain.
o Terlalu banyak attention pada pakaian, akan menyebabkan wanita yang rendah akan kelihatan lebih rendah.
2.Gaya yang digalakkan untuk anda adalah:
Gunakan rekaan garis menegak
o Corak ini boleh digunakan pada baju, seluar ataupun tudung. Pilih salah satu sahaja bahagian yang anda ingin gunakan untuk corak tersebut.
o Apabila memilih garisan menegak, amalkan memilih ketebalan garisan dari sederhana tebal ke nipis. Elakkan memilih garisan yang tebal.
o Garisan yang tebal akan menyebabkan anda kelihatan lebar ketepi.
Gunakan teknik panelling
o Teknik ini adalah teknik untuk anda ciptakan pecahan pada penampilan sama ada dua atau tiga bahagian dengan menggunakan garisan menegak.
o Contohnya, memakai blouse atau kemeja berwarna putih, kemudian memakai blazer berwarna hitam. Jadi, ia telah membentuk 3 panel yang menyebabkan bahagian badan terbahagi kepada 3 bahagian.
o Dengan cara itu, ia akan memberikan ilusi lurus yang berkesinambungan daripada kaki hingga ke bahagian atas.
o Pastikan juga warna yang menegak itu sama warnanya dengan tudung ataupun seluar. Warna yang sama itu menyebabkan ilusi ketinggian dalam penampilan anda.
Cipta titik tumpu pada bahagian atas
o Sebagai individu yang rendah, anda mesti ada titik fokus.
o Contohnya, anda boleh memakai tudung yang lebih menyerlah di bahagian atas dan bahagian yang lain boleh sama warna.
o Ciptakan titik fokus pada bahagian atas supaya orang lain cenderung untuk melihat di bahagian tersebut.
Daripada tip yang sudah dikongsikan, yang manakah tip yang sudah anda amalkan? Boleh kongsikan di ruangan komen.
Kongsikan juga artikel ini kepada yang lain supaya mendapat manfaat bersama.