Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu pasti pernah melalui sekurang-kurangnya sekali pengalaman menghadiri temu duga kerja. Salah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan pakaian.
Berikut merupakan beberapa cara memilih warna yang betul dalam pemakaian untuk menghadiri temu duga kerja:
1. Pandangan Pertama Kepada Bakal Majikan
• Memberikan pandangan secara profesional dengan penuh cekap, mahir dan menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan kerja tersebut.
• Pemilihan warna hendaklah selaras dengan imej yang ingin ditonjolkan.
2. Warna Fesyen Dan Warna Utama
• Dalam sesi temu duga kerja digalakkan untuk mengutamakan pemakaian berwarna neutral bagi menunjukkan penampilan yang profesional dan kemas.
• Pemilihan warna pakaian hendaklah tidak terlalu terang atau terlalu gelap, sebaliknya digalakkan memilih warna bersifat sederhana seperti warna pastel yang lembut.
3. Bilangan Warna Pakaian
• Amalkan penggunaan maksimum 3 warna dalam satu penampilan terutama untuk ke temu duga.
• Dalam penampilan anda perlu ada 60 peratus bilangan warna neutral dan kurang 40 peratus warna fesyen.
4. Latar Belakang Industri Syarikat
• Pastikan anda meneliti terlebih dahulu garis panduan atau etika pemakaian yang diamalkan oleh syarikat sebelum menghadiri temu duga kerana setiap industri mempunyai kriteria pemakaian yang berbeza.
• Sektor awam kebiasaanya menekankan etika pemakaian yang lebih formal berbanding sektor swasta yang cenderung membenarkan gaya berpakaian serta pilihan warna yang lebih bebas.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda menghadiri temu duga buat kali pertama dan berjumpa dengan bakal majikan, pastikan penampilan anda kelihatan kemas dan rapi. Meskipun industri tersebut bersifat santai, tanggapan pertama yang diberikan mestilah sentiasa kelihatan profesional.
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca